August 17, 2013 0 comments

Bersalin : Hospital swasta vs hospital kerajaan.


Assalamualaikum s.w.t.
Di sini saya nak kongsikan perbualan rakan-rakan di FB sama ada ingin bersalin di hospital swasta atau pun hospital kerajaan.Dari segi masa dan teknologi ramai memilih hospital swasta tapi tidak dinafikan kualiti hospital kerajaan juga baik serta menjimatkan.Buatlah pilihan yang bijak...Tepuk dada tanya selera masing-masing....




Selamat membuat pertimbangan ya.Saya sendiri masih menimbang sama ada mahu bersalin di hospital swasta atau pun kerajaan.Apepun doakan kesejahteraan saya dan baby sepanjang proses mengandung ini.

Sekian terima kasih.
August 16, 2013 0 comments

My Wedding : Gotong royong bersama keluarga

Assalamualaikum semua..
6 bulan sudah berlalu tetapi perkahwinan saya masih segar diingatan.
Semuanya berubah dalam satu hari.
Menjadi tunang dan sekaligus menjadi isteri.
Lagi tambah bermakna apabila semuanya dibuat sendiri oleh family saya dan gotong royong bersama penduduk kampung .

Menjahit Baju & Hantaran : Emak
Pelamin & Make up: Mak Cik (Cik La)
Photographer: Pak Cik (Pak Ta)
Kek dan cupcake(doorgift): Adik
Doorgift (Bakul dari surat khabar) : Satu Family
Design kad: Encik Suami
Penunjuk Arah,photobooth dan chocolate fountain: Sendiri buat
Memasak : Emak dan Orang-orang Kampung
Khemah : Abah dan Orang-orang Kampung

Tema: Turquoise dan pink
Tarikh: 11 Febuari 2013
Tempat :Sungai Isap Perdana

Thanks alot.Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalas jasa  semua dan doakanlah kebahagiaan itu milik saya sehingga ke Jannah kelak.

Ini antara sebahagian koleksi gambar di sekitar majlis perkahwinan saya.



























Terima kasih sekali lagi.

p/s: terima kasih tulis pasal saya cik kak annur sila klik link dibawah ya untuk membaca entry tersebut.
August 15, 2013 2 comments

Berita gembira...Ya awak telah hamil.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Selamat Hari Raya yang ke 8 buat umat Islam kaum muslimin dan muslimat.Hari ini saya nak ceritakan pengalaman bagaimana saya mengetahui bahawa saya telah hamil anak saya yang pertama.

Pada awal tahun lalu saya agak aktif mengikuti pelbagai jenis larian dan saya pada ketika itu begitu obses untuk kelihatan kurus.Pantang ada larian saya akan terus mendaftar tanpa memikirkan kemungkinan yang saya akan mengandung.Sebenarnya saya tidak berapa yakin yang saya akan mengandung awal atau kemungkinan yang saya tidak akan mengandung adalah tinggi disebabkan ovulation cycle saya adalah tidak menentu.Jadi saya telah disahkan mengandung tanpa saya sangka.

Sebenarnya sebelum latihan larian di kepong saya telah mengambil langkah untuk membuat ujian UPT(Urine Pregnancy Test) di rumah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Urine pregnancy tester ini anda boleh membelinya dari farmasi seperti Watson,Guardian dll.Sebenarnya ujian ini adalah untuk mengesan HCG hormon yang dihasilkan oleh uri pada bayi.Ujian ini amat sesuai dilakukan selepas 2 minggu anda terlepas kitaran haid dan sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi.

Jika anda hamil anda akan dapati UPT anda mempunyai 2 garisan iaitu pada garisan Control dan garisan Test.Jika anda dapati satu ini bermakna anda tidak hamil.Pada pagi sebelum latihan larian itu saya mendapati UP tester itu mempunyai 2 garisan dan garisan Test itu agak samar.Disebabkan hasil keputusan itu agak samar saya tidak meneruskan niat saya menyertai latihan larian pagi itu takut memburukkan lagi keadaan.Sebenarnya saya membuat ujian ini tanpa memberitahu suami saya sebab saya agak kurang yakin bahawa saya telah mengandung.
Result jika anda disahkan hamil.

Jadi esoknya ,sebelum pergi ke site di Port Dickson saya telah pergi ke Klinik di Prima Saujana iaitu Klinik Alam Medic untuk membuat pemeriksaan lanjutan.Saya agak takut untuk pergi ke klinik sebab ini pertama kali jadi memerlukan kekuatan untuk memberitahu nurse itu saya datang untuk check yang saya ini mengandung atau tidak.Lagi cuak apabila saya masuk bilik Dr. dan mendapati Dr. itu adalah lelaki. Berdebar bukan kepalang.

Apabila saya masuk Dr. suruh saya membuat ujian UPT seperti yang saya buat di rumah.Ujian ini memang menunjukkan positif.

Dr:Ya ,awak telah hamil.Bila first period ?

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Dr.Ya Allah ..gembira bukan kepalang.Saya telah disahkan mengandung 5 minggu dan dijangka bersalin pada 20 november 2013.Dr.menasihatkan saya mengambil ubat folid asid.Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.Jadi saya telah membeli asid folik dari farmasi dan juga mengambil blackmores pregnancy formula

Untuk lebih lanjut anda boleh klik link dibawah: (kredit kepada mereka yang menulis artikel di bawah.)

1.http://www.babycenter.com.my/a1052241/ujian-kehamilan-di-rumah#ixzz2Hu3GTr4s
2.http://www.edaransalindah.com/main/menguji-kehamilan-2/
3.http://drzubaidi.com/blog/?p=1107
4.http://pama.karangkraf.com/mama/waktu-sesuai-uji-kehamilan-1.10010
5.http://www.babycenter.com.my/a1050955/alat-penguji-kehamilan-saya-menunjukkan-garisan-samar-adakah-saya-hamil

Sebenarnya di awal kehamilan badan kita sendiri juga akan mengalami beberapa perubahan.Antaranya:
1. Payudara bengkak dan lembut
2. Perubahan Bentuk tubuh
3. Kerap buang air kecil
4. Mudah Lelah
5. Mual (Morning Sickness)
6. Terlambat Haid
7. Perubahan Mood
9. Pendarahan
10. Senak Perut
11. Sakit kepala
12. Sembelit
13. Sering meludah (hipersalivasi)
14. Naiknya suhu badan
15. Sakit punggung
16. Ngidam atau menolak makanan tertentu
17. Sensitif pada bau
18. Gejala PMS

19.Keletihan

Artikel lain yang boleh dirujuk (kredit kepada penulis):




Tapi semuanya bergantung kepada individu.Saya sendiri  pada awalnya hanya merasakan payudara bengkak,keletihan dan saya makin kerap buang air kecil.Yang lain saya rasakan masih seperti biasa.

Moga pengalaman yang cetek ini dapat dijadikan panduan kepada semua bakal-bakal ibu.Doakan yang terbaik untuk saya dan bakal anak saya .InsyaAllah

Sekian terima kasih.
August 14, 2013 0 comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H untuk semua kaum muslimin dan muslimat.Alhamdulillah tahun ini  kita telah diberi kesempatan untuk terus bernafas dan meraikan hari kemenangan ini bersama-sama orang tersayang.Begitu juga saya,tahun ini Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk merayakan bersama keluarga dan juga bersama suami yang tersayang buat kali pertama.Aneh sungguh perasaan apabila kali ini beraya sebagai seorang isteri,anak,menantu dan juga bakal ibu.Gembira bercampur baur.Pada raya pertama dan kedua saya telah beraya di kampung suami saya iaitu di Felda Sri Ledang ,Segamat dan seterusnya beraya di rumah saya di Sungai Isap Perdana,Kuantan.Ini pengalaman yang sangat berguna sebab first time beraya dengan keluarga yang baru.

Tahun ini juga raya saya sangat bermakna sebab adik perempuan saya selamat bertunang. Selamat menempuh fasa pertunangan ya.Orang kata fasa pertunangan ini sangat mencabar dan saya tidak berkesempatan melalui fasa ini. Pada mulanya pertunangan kami (saya  dan suami ) yang sepatutnya berlangsung pada 31 Ogos 2012 ditunda dan akhirnya kami telah membuat majlis pertunangan serta perkahwinan serentak pada 11 Febuari 2013.Jimat pun jimat kak Ton. Jadi saya agak tergelak apabila suami saya bertanya " majlis pertunangan itu macam mana?".

Oleh sebab ada majlis pertunangan dan juga majlis akikah di kuantan.Jadi raya tahun ni agak meriah dengan makanan.Jika di Segamat,family menyediakan ketupat nasi ,kuah lodeh dan nasi lemak,di Kuantan pula famili menyediakan laksa penang ,sup gearbox,opor daging,dalca,sambal belacan bacang,singgang daging,nasi minyak,dan juga pulut durian.yummy yummy....

Sebahagian daripada familia di Kuantan.
First raya together.
Noor is getting engaged.

My nephew (Ammar) and I .
Perbincangan mengenai pertunangan.

Kami menumpang tempat tunang orang .

Hantaran pertunangan.

Sisters.

Makcik-makcik dan adik-adik.

Tunang,yang ditunang,yang sudah bertunang dan bakal bertunang.

The best part is durian.Yummy.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H.MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
.-EFFA DAN SUAMI




 
;