September 7, 2014 1 comments

Safiyyah Iki Nimra : Detik Kelahirannya

Safiyyah (Islamic)       : Untroubled, serene, pure, best friend
Iki (Japanese)        : an expression of simplicity, sophistication, spontaneity, and originality
Nimra (Arabic/Urdu)   : Soft, Lion

Safiyyah Iki Nimra itulah nama yang diberikan kepada puteri kami yang pertama yang dilahirkan pada 19 Oktober 2013 (Sabtu -5.34 pm) dengan berat 1.9 kilogram di Hospital Kajang secara normal pada kandungan baru mencapai 33 minggu . Kedatangannya benar-benar menggembirakan hati kami  walaupun waktu itu kami benar-benar terkejut dengan kelahirannya yang awal almost 2 bulan dari sepatutnya. 

Sebulan sebelum kelahirannya,rutin kerja agak membebankan dan saya selalu pulang lewat dari ofis.Malam sebelum saya melahirkannya saya agak tertekan lalu mengajak sang suami menonton midnite movie di Midvalley yang bertajuk "Escape Plan".Saya menyuruhnya mengambil saya di ofis dan saya meninggalkan kereta saya di ofis kerna keesokannya saya akan datang awal untuk bekerja kerna harus menyiapkan kerja walaupun hari Sabtu .

Ya kami pulang agak lewat iaitu lebih kurang pukul 3 pagi setelah selesai menonton wayang . Pagi keesokkannya saya bangun seperti biasa untuk pergi kerja dan mendapati saya bleeding...Lalu saya memberitahu sang suami dan menangis.Sang suami hanya mampu memeluk dan berkata kalau rezeki itu milik kita InsyaAllah takkan berlaku apa-apa.Tiba-tiba saya dapati air keluar seperti air kencing dengan banyaknya.Melalui pembacaan saya dapat agak bahawa air yang keluar itu mungkin air ketuban kerna teksturnya yang agak likat dan pengeluarannya tidak dapat dikawal.Jadi saya meminta sang suami menghantar saya ke hospital. Saya hanya memaklumkan kepada ibu mertua saya bahawa saya hanya ingin pergi ke klinik untuk berjumpa doktor tanpa menceritakan perkara yang saya alami.

Setelah pergi ke hospital saya ditahan di wad dan telah diberikan suntikan dexa untuk menguatkan paru-paru anak dalam kandungan . Saya telah dimaklumkan oleh doktor bahawa bukaan adalah 1cm. Doktor pakar berharap bahawa saya tidak melahirkan bayi ini secepat yang mungkin kerna buat masa itu saya dimaklumkan bahawa bayi saya hanya seberat 1.6 kilogram dan pasti anak saya akan dimasukkan dalam inkubator.Malangnya buat masa itu inkubator di hospital kajang sudah full dan pihak hospital cuba mendapatkan inkubator yang kosong dari hospital lain tapi kemungkinan besar agak tipis.

Petang itu,sang suami pulang ke rumah untuk mengambil barang saya kerna saya datang ke hospital sehelai sepinggang,ketika itu saya sakit perut tapi saya agak takut untuk pergi ke toilet kerna melalui pembacaan,kebanyakkan orang mengatakan bahawa nak bersalin itu seperti hendak membuang air besar.Dalam ketakutan itu  saya beranikan diri juga untuk ke toilet dan saya rasakan saya mampu mengcontrol segalanya jadi saya rasa mungkin saya benar-benar ingin membuang air besar.Setelah saya membuang air besar ,saya berjalan untuk menuju ke katil dan tiba-tiba saya merasakan perut saya sakit.Lalu saya memaklumkan kepada nurse yang bertugas.Dia meminta saya duduk di atas kerusi sementara menunggu doktor kerna doktor agak sibuk di dewan bersalin.

Saya duduk atas kerusi dan tiba-tiba saya merasakan perut saya mengeras...Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya perut saya ketika itu .Saya menangis atas kerusi menahan kesakitan.Sister yang duduk berhampiran saya perasan saya menangis seolah-olah ingin bersalin lalu memberitahu nurse yang lain.Sister itu meminta saya masuk ke bilik rawatan untuk memeriksa . Ketika diperiksa perut saya tiba-tiba lembik tidak keras seperti ketika saya duduk atas kerusi.Saya hanya gelak dan berkata mungkin main-main je dia mengeras.Lebih kurang 5 minit kemudian perut saya sakit dan dapati kepala baby dah nak hampir keluar.Sister dan nurse agak kelam kabut...disuruhnya saya bangun dan duduk atas kerusi tolak dan dengan pantasnya saya dimasukkan dalam dewan bersalin. Saya agak gementar apatah lagi melihat doktor dan nurse yang ramai dalam bilik bersalin tersebut.Seorang nurse memaklumkan kepada doktor saya tidak membawa beg apatah lagi baju baby.Nurse tersebut bertanya kepada saya ,suami kat mana ?Saya kata suami kat rumah ambil barang .

Alhamdulillah tepat jam 5.34pm,iaitu beberapa minit selepasa saya dimasukkan dalam bilik bersalin tersebut saya melahirkan seorang puteri yang kiut.Doktor semua menarik nafas lega kerna berat bayi agak berat berbanding scan iaitu 1.9 kilogram. Saya hanya tersenyum ketika melihat anak itu keluar. Menurut doktor jika tiada sebarang masalah ,anak saya boleh pulang ke rumah terus tapi ini semua bergantung  oleh observation doktor bayi. Setelah saya melahirkan anak ,doktor menyuruh saya berehat dan  menelefon sang suami memaklumkan tentang kelahiran tersebut. Saya diberi air milo dan menelefon sang suami tapi malangnya sang suami tidak mengangkat panggilan tersebut lalu saya menelofon ibu mertua saya dan dia agak terkejut kerna pagi itu saya hanya memberitahu saya hanya ingin berjumpa doktor.

Setelah saya keluar dari bilik bersalin,nurse bertanya kepada saya adakah saya ingin berjumpa dengan anak saya yang ketika itu sudah dihantar ke NICU untuk observation .Saya kata saya mahu tapi nurse berkata tapi saya perlu berjalan masuk sendiri kerna wheelchair tidak boleh digunakan di dalam NICU.Saya kata saya tetap mahu berjumpa anak saya . Dengan bantuan sang suami yang menolak saya ke NICU ,saya akhirnya dapat menatap wajah si kecil itu . Nurse  di NICU agak terkejut melihat saya datang di NICU kerna saya baru saja lepas melahirkan bayi. Saya gagahkan diri untuk menatap wajah si kecil itu buat kali pertama dan bagi saya rentetan kelahirannya pasti bersemadi dalam ingatan saya kerna ini adalah pengalaman pertama dan terbaik buat saya .




Ini adalah wajah Safiyyah Iki Nimra ketika pertama kali melihat dunia. Gambar diambil oleh sang suami ketika mengazankannya di NICU sebelum dimarahi oleh nurse kerna di NICU mengambil gambar adalah dilarang sama sekali 



August 17, 2013 0 comments

Bersalin : Hospital swasta vs hospital kerajaan.


Assalamualaikum s.w.t.
Di sini saya nak kongsikan perbualan rakan-rakan di FB sama ada ingin bersalin di hospital swasta atau pun hospital kerajaan.Dari segi masa dan teknologi ramai memilih hospital swasta tapi tidak dinafikan kualiti hospital kerajaan juga baik serta menjimatkan.Buatlah pilihan yang bijak...Tepuk dada tanya selera masing-masing....




Selamat membuat pertimbangan ya.Saya sendiri masih menimbang sama ada mahu bersalin di hospital swasta atau pun kerajaan.Apepun doakan kesejahteraan saya dan baby sepanjang proses mengandung ini.

Sekian terima kasih.
August 16, 2013 0 comments

My Wedding : Gotong royong bersama keluarga

Assalamualaikum semua..
6 bulan sudah berlalu tetapi perkahwinan saya masih segar diingatan.
Semuanya berubah dalam satu hari.
Menjadi tunang dan sekaligus menjadi isteri.
Lagi tambah bermakna apabila semuanya dibuat sendiri oleh family saya dan gotong royong bersama penduduk kampung .

Menjahit Baju & Hantaran : Emak
Pelamin & Make up: Mak Cik (Cik La)
Photographer: Pak Cik (Pak Ta)
Kek dan cupcake(doorgift): Adik
Doorgift (Bakul dari surat khabar) : Satu Family
Design kad: Encik Suami
Penunjuk Arah,photobooth dan chocolate fountain: Sendiri buat
Memasak : Emak dan Orang-orang Kampung
Khemah : Abah dan Orang-orang Kampung

Tema: Turquoise dan pink
Tarikh: 11 Febuari 2013
Tempat :Sungai Isap Perdana

Thanks alot.Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalas jasa  semua dan doakanlah kebahagiaan itu milik saya sehingga ke Jannah kelak.

Ini antara sebahagian koleksi gambar di sekitar majlis perkahwinan saya.



























Terima kasih sekali lagi.

p/s: terima kasih tulis pasal saya cik kak annur sila klik link dibawah ya untuk membaca entry tersebut.
August 15, 2013 2 comments

Berita gembira...Ya awak telah hamil.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Selamat Hari Raya yang ke 8 buat umat Islam kaum muslimin dan muslimat.Hari ini saya nak ceritakan pengalaman bagaimana saya mengetahui bahawa saya telah hamil anak saya yang pertama.

Pada awal tahun lalu saya agak aktif mengikuti pelbagai jenis larian dan saya pada ketika itu begitu obses untuk kelihatan kurus.Pantang ada larian saya akan terus mendaftar tanpa memikirkan kemungkinan yang saya akan mengandung.Sebenarnya saya tidak berapa yakin yang saya akan mengandung awal atau kemungkinan yang saya tidak akan mengandung adalah tinggi disebabkan ovulation cycle saya adalah tidak menentu.Jadi saya telah disahkan mengandung tanpa saya sangka.

Sebenarnya sebelum latihan larian di kepong saya telah mengambil langkah untuk membuat ujian UPT(Urine Pregnancy Test) di rumah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Urine pregnancy tester ini anda boleh membelinya dari farmasi seperti Watson,Guardian dll.Sebenarnya ujian ini adalah untuk mengesan HCG hormon yang dihasilkan oleh uri pada bayi.Ujian ini amat sesuai dilakukan selepas 2 minggu anda terlepas kitaran haid dan sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi.

Jika anda hamil anda akan dapati UPT anda mempunyai 2 garisan iaitu pada garisan Control dan garisan Test.Jika anda dapati satu ini bermakna anda tidak hamil.Pada pagi sebelum latihan larian itu saya mendapati UP tester itu mempunyai 2 garisan dan garisan Test itu agak samar.Disebabkan hasil keputusan itu agak samar saya tidak meneruskan niat saya menyertai latihan larian pagi itu takut memburukkan lagi keadaan.Sebenarnya saya membuat ujian ini tanpa memberitahu suami saya sebab saya agak kurang yakin bahawa saya telah mengandung.
Result jika anda disahkan hamil.

Jadi esoknya ,sebelum pergi ke site di Port Dickson saya telah pergi ke Klinik di Prima Saujana iaitu Klinik Alam Medic untuk membuat pemeriksaan lanjutan.Saya agak takut untuk pergi ke klinik sebab ini pertama kali jadi memerlukan kekuatan untuk memberitahu nurse itu saya datang untuk check yang saya ini mengandung atau tidak.Lagi cuak apabila saya masuk bilik Dr. dan mendapati Dr. itu adalah lelaki. Berdebar bukan kepalang.

Apabila saya masuk Dr. suruh saya membuat ujian UPT seperti yang saya buat di rumah.Ujian ini memang menunjukkan positif.

Dr:Ya ,awak telah hamil.Bila first period ?

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Dr.Ya Allah ..gembira bukan kepalang.Saya telah disahkan mengandung 5 minggu dan dijangka bersalin pada 20 november 2013.Dr.menasihatkan saya mengambil ubat folid asid.Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.Jadi saya telah membeli asid folik dari farmasi dan juga mengambil blackmores pregnancy formula

Untuk lebih lanjut anda boleh klik link dibawah: (kredit kepada mereka yang menulis artikel di bawah.)

1.http://www.babycenter.com.my/a1052241/ujian-kehamilan-di-rumah#ixzz2Hu3GTr4s
2.http://www.edaransalindah.com/main/menguji-kehamilan-2/
3.http://drzubaidi.com/blog/?p=1107
4.http://pama.karangkraf.com/mama/waktu-sesuai-uji-kehamilan-1.10010
5.http://www.babycenter.com.my/a1050955/alat-penguji-kehamilan-saya-menunjukkan-garisan-samar-adakah-saya-hamil

Sebenarnya di awal kehamilan badan kita sendiri juga akan mengalami beberapa perubahan.Antaranya:
1. Payudara bengkak dan lembut
2. Perubahan Bentuk tubuh
3. Kerap buang air kecil
4. Mudah Lelah
5. Mual (Morning Sickness)
6. Terlambat Haid
7. Perubahan Mood
9. Pendarahan
10. Senak Perut
11. Sakit kepala
12. Sembelit
13. Sering meludah (hipersalivasi)
14. Naiknya suhu badan
15. Sakit punggung
16. Ngidam atau menolak makanan tertentu
17. Sensitif pada bau
18. Gejala PMS

19.Keletihan

Artikel lain yang boleh dirujuk (kredit kepada penulis):




Tapi semuanya bergantung kepada individu.Saya sendiri  pada awalnya hanya merasakan payudara bengkak,keletihan dan saya makin kerap buang air kecil.Yang lain saya rasakan masih seperti biasa.

Moga pengalaman yang cetek ini dapat dijadikan panduan kepada semua bakal-bakal ibu.Doakan yang terbaik untuk saya dan bakal anak saya .InsyaAllah

Sekian terima kasih.
August 14, 2013 0 comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H untuk semua kaum muslimin dan muslimat.Alhamdulillah tahun ini  kita telah diberi kesempatan untuk terus bernafas dan meraikan hari kemenangan ini bersama-sama orang tersayang.Begitu juga saya,tahun ini Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk merayakan bersama keluarga dan juga bersama suami yang tersayang buat kali pertama.Aneh sungguh perasaan apabila kali ini beraya sebagai seorang isteri,anak,menantu dan juga bakal ibu.Gembira bercampur baur.Pada raya pertama dan kedua saya telah beraya di kampung suami saya iaitu di Felda Sri Ledang ,Segamat dan seterusnya beraya di rumah saya di Sungai Isap Perdana,Kuantan.Ini pengalaman yang sangat berguna sebab first time beraya dengan keluarga yang baru.

Tahun ini juga raya saya sangat bermakna sebab adik perempuan saya selamat bertunang. Selamat menempuh fasa pertunangan ya.Orang kata fasa pertunangan ini sangat mencabar dan saya tidak berkesempatan melalui fasa ini. Pada mulanya pertunangan kami (saya  dan suami ) yang sepatutnya berlangsung pada 31 Ogos 2012 ditunda dan akhirnya kami telah membuat majlis pertunangan serta perkahwinan serentak pada 11 Febuari 2013.Jimat pun jimat kak Ton. Jadi saya agak tergelak apabila suami saya bertanya " majlis pertunangan itu macam mana?".

Oleh sebab ada majlis pertunangan dan juga majlis akikah di kuantan.Jadi raya tahun ni agak meriah dengan makanan.Jika di Segamat,family menyediakan ketupat nasi ,kuah lodeh dan nasi lemak,di Kuantan pula famili menyediakan laksa penang ,sup gearbox,opor daging,dalca,sambal belacan bacang,singgang daging,nasi minyak,dan juga pulut durian.yummy yummy....

Sebahagian daripada familia di Kuantan.
First raya together.
Noor is getting engaged.

My nephew (Ammar) and I .
Perbincangan mengenai pertunangan.

Kami menumpang tempat tunang orang .

Hantaran pertunangan.

Sisters.

Makcik-makcik dan adik-adik.

Tunang,yang ditunang,yang sudah bertunang dan bakal bertunang.

The best part is durian.Yummy.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H.MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
.-EFFA DAN SUAMI




March 1, 2011 0 comments

quick update

MY LIFE

lately ,life sangatlah boring ...sbb i dunno what to do with my free time...saya tidak lagi bekerja di haagen dazs buat masa ni due to my health problem...cuaca yang tak menentu membuatkan saya sering sahaja sakit......


my aunty said : hahhaha..ingat epa badang ke?semua kerja nak buat

my mak said : biasa lah tuh jangan penat sangat kan dah sakit..relaks2...sila makan dengan teratur

my abah said : jangan minum ais ..

my cinta said : sila jaga kesihatan..makan sila jaga...

my sista in law said : tunggulah badan sihat baru kerja sebagai penjual aiskrim

semua orang risaukan saya ..dan ini buatkan saya terharu..
jadi sebab ini sudah sebulan tak bekerja di haagen dazs..

dan doktor kata : u kena elakkan trigger2 yang boleh menyebabkan asthma

Ya saya kene asthma ...

oleh sebab masa saya mmg sentiasa berisi tapi sekarang menjadi free menyebabkan saya cam tak proaktif..mesti ada hikmah di sebalik setiap peristiwa ..dan ini membolehkan saya lebih memberikan perhatian terhadap sekolah saya...


MY SEKOLAH

Saya menjadi takut kerna asyik memikirkan saya akan graduating soon ...takut untuk menghadapi cabaran dunia sebenar.. saya rasa saya belum bersedia...
tommorow test 


MY PART TIME JOB AS CIKGU

Saya rasa saya sangat suke dengan gelaran cikgu.. tapi saya rasa saya tidak sesuai membuat kerja ini secara full time ...

anak murid: cikgu cikgu umur berapa ?
cikgu : tekalah 
anak murid : 21 
cikgu : ahhaha. nmpak muda ke cikgu ?
anak murid : takdelah hari ini sabtu cikgu ..patut cikgu g dating ...
cikgu: haha..cikgu ngah dating la ni..ngah dating ngan kamu sambil cerita pasal mathematic..so sweet kan ??

MY DIET 

Saya tidak diet ...tapi my weight turun.. gumbira


MY CINTA

My Cinta : pergi potong rambut buat fringe..
Epa : Oh ye ka baiklah ..Nak rebonding sekali boleh kah?
My Cinta: Tak payah jangan mengada..nanti muka bulat ...rambut leper...
 Epa : Oh biarlah muka bulat sbb bulat itu comel..sekian

lalu Epa terus g Salon Rambut ..

Epa: amoi mahu buat fringe side dan nipiskan
Amoi: U tak mahu buat rebonding sekali ?
Epa:tak pe la amoi ..next time .. :):)



ini adalah amar danish ...
anak sedara saya
sekian
February 8, 2011 1 comments

orang kata gua workhaholic..apa kata lu?

Orang kata gua gila..gila kerja..
dalam bahasa OMPUTIH workhaholic...
tapi gua tak percaya..
sumpah dengan sejujurnya gua rasa diri gua sangat pemalas tahap gaban...

kawan2 gua selalu kata seperti ini
"epa kau ada anak berapa?sampai kerja cam orang gile ni?"~fahmi

"epa mmg gile.."~qila

"dia mmg bz..jarang kat bilik"~roomate

aku tiap kali mendengar komeng sebegini..dengan pantas dan bergayanya..
gua senggih...

sebenarnya gua buhsan...
tak tahu nak buat apa..
itu sbb gua kerja..
lagipun sape nak bayar yuran2 pengajian dan sara hidup gua yang tinggi ini...
kalu gua keluar berpoya-poya sudah pasti duit keluar umpama air..
dah lah mmg gua kurang pendapatan..
lagipun gua mmg takde komitmen lain..
lu orang lain lah..banyak program yang boleh dilakukan...
gua mmg takde ape nak buat..
kalau gua tak kerja paling busuk pun gua akan tido dan melayan pelbagai cerita korea hero yang hensem2 kesukaan gua...
mmg mati kutu gua dibuatnya...

biasanya gua akan kerja apabila gua tiada kelas..
gua buat 2 kerja ..
satu sebagai penjual aiskrim ..
kedua sebagai cikgu...

dua2 gua serunuk bekerja... :)
tiap2 minggu jadual gua seperti ini berubah mengikut watak

isnin : pagi :sebagai pelajar di um
petang-malam:sebagai cikgu di mawar
selasa: pagi :sebagai penjual aiskrim di mid
petang-malam:sebagai pelajar di japan foundation
rabu: pagi:sebagai pelajar di um
tengahari : sebagai pelajar yang baru belajar gitar
malam :sebagai cikgu di mawar
khamis: pagi :sebagai penjual aiskrim di mid
petang-malam:sebagai pelajar di japan foundation
jumaat: penjual aiskrim sepenuh masa
(waktu rehat:sebagai pelajar yang baru belajar gitar)
sabtu:pagi :penjual aiskrim
tengahhari-malam:sebagai cikgu di mawar
ahad:penjual aiskrim sepenuh masa

saya sangat gumbira mengisi masa seperti ini..tetapi lately jadual saya agak terganggu due to bad health ..aiseh

berusaha untuk kembali sihat ...supaya saya dapat mengikut jadual saya seperti biasa dan saya dapat  jogging setiap pagi dan sebelum kelas tuisyen bermula...

"saya membuat sesuatu kerna saya gumbira...walaupun agak penat tapi saya sangat berpuas hati... "~epa
 "life is choice..and choose-lah!!!"~motivator

walaupun saya sangat appreciate dengan komeng2 disekeliling tapi different people have a different life...kita sendiri yang menentukan pilihan yang terbaik untuk diri kita..dan saya memilih seperti ini ...

ok nite..mahu buat shukudai yang bertimbun ...

thanks...
 
;