Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts
August 17, 2013 0 comments

Bersalin : Hospital swasta vs hospital kerajaan.


Assalamualaikum s.w.t.
Di sini saya nak kongsikan perbualan rakan-rakan di FB sama ada ingin bersalin di hospital swasta atau pun hospital kerajaan.Dari segi masa dan teknologi ramai memilih hospital swasta tapi tidak dinafikan kualiti hospital kerajaan juga baik serta menjimatkan.Buatlah pilihan yang bijak...Tepuk dada tanya selera masing-masing....




Selamat membuat pertimbangan ya.Saya sendiri masih menimbang sama ada mahu bersalin di hospital swasta atau pun kerajaan.Apepun doakan kesejahteraan saya dan baby sepanjang proses mengandung ini.

Sekian terima kasih.
August 15, 2013 2 comments

Berita gembira...Ya awak telah hamil.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Selamat Hari Raya yang ke 8 buat umat Islam kaum muslimin dan muslimat.Hari ini saya nak ceritakan pengalaman bagaimana saya mengetahui bahawa saya telah hamil anak saya yang pertama.

Pada awal tahun lalu saya agak aktif mengikuti pelbagai jenis larian dan saya pada ketika itu begitu obses untuk kelihatan kurus.Pantang ada larian saya akan terus mendaftar tanpa memikirkan kemungkinan yang saya akan mengandung.Sebenarnya saya tidak berapa yakin yang saya akan mengandung awal atau kemungkinan yang saya tidak akan mengandung adalah tinggi disebabkan ovulation cycle saya adalah tidak menentu.Jadi saya telah disahkan mengandung tanpa saya sangka.

Sebenarnya sebelum latihan larian di kepong saya telah mengambil langkah untuk membuat ujian UPT(Urine Pregnancy Test) di rumah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Urine pregnancy tester ini anda boleh membelinya dari farmasi seperti Watson,Guardian dll.Sebenarnya ujian ini adalah untuk mengesan HCG hormon yang dihasilkan oleh uri pada bayi.Ujian ini amat sesuai dilakukan selepas 2 minggu anda terlepas kitaran haid dan sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi.

Jika anda hamil anda akan dapati UPT anda mempunyai 2 garisan iaitu pada garisan Control dan garisan Test.Jika anda dapati satu ini bermakna anda tidak hamil.Pada pagi sebelum latihan larian itu saya mendapati UP tester itu mempunyai 2 garisan dan garisan Test itu agak samar.Disebabkan hasil keputusan itu agak samar saya tidak meneruskan niat saya menyertai latihan larian pagi itu takut memburukkan lagi keadaan.Sebenarnya saya membuat ujian ini tanpa memberitahu suami saya sebab saya agak kurang yakin bahawa saya telah mengandung.
Result jika anda disahkan hamil.

Jadi esoknya ,sebelum pergi ke site di Port Dickson saya telah pergi ke Klinik di Prima Saujana iaitu Klinik Alam Medic untuk membuat pemeriksaan lanjutan.Saya agak takut untuk pergi ke klinik sebab ini pertama kali jadi memerlukan kekuatan untuk memberitahu nurse itu saya datang untuk check yang saya ini mengandung atau tidak.Lagi cuak apabila saya masuk bilik Dr. dan mendapati Dr. itu adalah lelaki. Berdebar bukan kepalang.

Apabila saya masuk Dr. suruh saya membuat ujian UPT seperti yang saya buat di rumah.Ujian ini memang menunjukkan positif.

Dr:Ya ,awak telah hamil.Bila first period ?

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Dr.Ya Allah ..gembira bukan kepalang.Saya telah disahkan mengandung 5 minggu dan dijangka bersalin pada 20 november 2013.Dr.menasihatkan saya mengambil ubat folid asid.Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.Jadi saya telah membeli asid folik dari farmasi dan juga mengambil blackmores pregnancy formula

Untuk lebih lanjut anda boleh klik link dibawah: (kredit kepada mereka yang menulis artikel di bawah.)

1.http://www.babycenter.com.my/a1052241/ujian-kehamilan-di-rumah#ixzz2Hu3GTr4s
2.http://www.edaransalindah.com/main/menguji-kehamilan-2/
3.http://drzubaidi.com/blog/?p=1107
4.http://pama.karangkraf.com/mama/waktu-sesuai-uji-kehamilan-1.10010
5.http://www.babycenter.com.my/a1050955/alat-penguji-kehamilan-saya-menunjukkan-garisan-samar-adakah-saya-hamil

Sebenarnya di awal kehamilan badan kita sendiri juga akan mengalami beberapa perubahan.Antaranya:
1. Payudara bengkak dan lembut
2. Perubahan Bentuk tubuh
3. Kerap buang air kecil
4. Mudah Lelah
5. Mual (Morning Sickness)
6. Terlambat Haid
7. Perubahan Mood
9. Pendarahan
10. Senak Perut
11. Sakit kepala
12. Sembelit
13. Sering meludah (hipersalivasi)
14. Naiknya suhu badan
15. Sakit punggung
16. Ngidam atau menolak makanan tertentu
17. Sensitif pada bau
18. Gejala PMS

19.Keletihan

Artikel lain yang boleh dirujuk (kredit kepada penulis):




Tapi semuanya bergantung kepada individu.Saya sendiri  pada awalnya hanya merasakan payudara bengkak,keletihan dan saya makin kerap buang air kecil.Yang lain saya rasakan masih seperti biasa.

Moga pengalaman yang cetek ini dapat dijadikan panduan kepada semua bakal-bakal ibu.Doakan yang terbaik untuk saya dan bakal anak saya .InsyaAllah

Sekian terima kasih.
August 17, 2010 0 comments

Network Marketing !!Direct Selling!!

Salam ..
sejujurnya dah lama tak menulis ....rindu nak menulis blog..walaupun aku tahu caca marba nye bahasa yang aku tulis...kini aku nak buat pengumuman tanpa dengan rasa segan silu aku beritahu semua aku dah mula berkecimpung dalam dunia network marketing dan direct selling..AKU JOIN USANA !!!

Ok kenape aku join Network Marketing dan Direct Selling ni??ok akan beritahu korang kenapa??
Sebelum itu aku beritahu korang ape persepsi aku suatu masa dulu terhadap direct selling dan network marketing dan bahasa canggih dia MLM ..ngeh

Suatu masa dahulu ..

SITUASI 1
A: Epa marilah turun kat bawah nak lepak-lepak minum2
Epa:Ok..jum

Tetapi sampai dibawah

A: Ni kawan aku..dia nak cite sikit ngan ko mende
Epa: Apa ni?MLM ?Sorri la beb aku ade exam..aku ingat nak minum jek ..tuh pasal aku turun..Eh aku naik dulu la..

Persepsi sebenar :Sowi beb..aku memang tak suke MLM..Baca surat khabar hari2.MLM penipu la apa la...pengalaman kawan-kawan yang kene tipu..upline tipu downline..cam2 lagi la ...
SITUASI 2

F: Epa ko sakit belakang kan?
Epa: yup
F: Marilah g rawatan yang aku buat.Percuma
Epa: Tak bolehlah aku bz..aku hari2 kerja sebagai penjual ice cream..mane sempat ..dengan kelas lagi...Nantilah kalau aku ada masa aku contact ko

Persepsi sebenar: Sowi beb...sbb aku tahu ko join MLM...aku takut nnt kalu aku pergi confirm-confirm kene join ko punye MLM..takde duit sebagainya..biarlah aku buat kerja part time aku je la..

SITUASI 3

Di rumah tengah seronok-seronok tengok TV
Orang:Assalamualaikum..
Epa: Waalaikummusalam
Orang: Mak ada kat rumah?
Epa: Mak takda..di keluar g rumah orang kawin..tak tahu bila balik...

Persepsi sebenar: Sowi beb...sbb aku tahu ko bawak beg besar ..bawak fail serba neka..aku tahu ko mesti orang direct selling...nak jual barang lagi la tuh dekat mak aku tuh...mak aku ada sebenarnya kat dapur...tapi sebab aku dah biasa jawab kat orang yang buat direct selling rumah ke rumah cam ni ..maaf ye ~naseb bek saja aku tak cakap aku ni hanya pembantu rumah saja dong.. :)

Dan macam-macam lagi alasan yang aku bagi untuk menggelak..aku memang tutup diri aku dari segala jenis NETWORK MARKETING ATAU DIRECT SELLING ni..


Camne aku boleh terjebak??

  1. Sebab upline aku adalah abang kandung aku sendiri...Along @ Badlee Hisyam...kalau orang lain tuh aku tak mungkin masuklah..Aku pikir camni secara logiknya
Kalau orang lain tuh mungkinlah posibblity nak tipu downline dia tinggi..tapi abang sendiri yang menyayangi kita..kepercayaan dia tiada tandingannya...

Epa,Along dah lama nak buat Network Marketing..Dah banyak Along survey..Ini yang terbaik..Epa try your best ...nak semua berjaya..~Along


2. Sebab aku asyik berfikir abang aku dah punyai kedudukan kewangan yang stabil..tapi kenapa dia tetap nak buat Network Marketing.

Along punyai kewangan yang stabil..dalam umur 29 tahun merupakan pengarah syarikat juga kontraktor kelas A..Ada kereta sendiri..Rumah sendiri ada 3 biji.. Gaji bulanan belasan ribu tetapi kenapa tetap nak buat Network Marketing.Aku tak pernah tanya dia directly tapi one day dia cakap camni kat aku..

Along dah stable tapi tiada kepuasan dalam hidup..Duit ada tapi tiada masa untuk famili...Hope by time 40 years old ..I'll retired and spend my whole life with my famili~Along

Aku berpikir secara logik camni

Umur aku sudah 24 tahun..Tiada apepun nak dibandingkan dengan dia..masih belajar ..bekerja part time sebagai penjual ice cream..simpanan??jangan haraplah nak ada ...Lalu aku fikir apa salahnya aku ambil peluang yang ada untuk mengubah cara hidupku sekarang...Ya aku tak penting duit sangat..tapi realiti sekarang semua menda mahu duit..Aku paling takut kalau ada hal kecemasan tapi aku tiada duit..


3.Sebab aku lihat ramai yang berjaya dengan MLM ,Network Marketing atau Direct Selling ini...

Bukti

Mak cik belakang rumah aku dulu di Taman Sri Semantan,Temerloh..merangkap mak kawan aku dulu..

Dulu USANA tak masuk lagi pasaran Malaysia..So dia bukanlah join USANA..Dia join Revell..Korang aku tak tahulah pernah dengar tak revell ni..Aku pernah lah sebab dulu aku tanya kawan aku ni ..tak silap aku nama dia Nana.

Epa: Nana,mak awak kerja apa?
Nana: Mak saya kerja jual Revell..
Epa: Oooo (sambil memandang rumahnya yang besar .. dan kereta 4 biji)

Ya memang semua hasil dari jualan langsung Revell.

Dan ramai lagi orang yang berjaya dengan MLM ni..berlambak-lambak..cuma pandai pilihlah... dan berusaha ya!!!

4.Sebab aku fikir kenapa orang lain boleh buat aku tak boleh???aku lihat ada seorang abang itu tak sekolah tinggi ..asalnya keje waiter tapi sekarang income berpuluh-puluh ribu ...aku tanya diri aku kenapa aku tak boleh???sedangkan aku ada cukup sifat ada kaki dan tangan tidak macam video ni ..sila tengok video ni..seseorang yang betul2 tidak pernah putus asa dengan dirinya...first time aku tengok ..sampai nangis2...ketahuilah semua peluang yang ada tidak akan datang dua kali..Aku seriusly belajar dari pengalaman..Hidup ini kalau kita sendiri tak ubah...ia akan tetap macam itu sahaja



kawan2 tak salah sebenarnya mencuba....jangan give up..kalau kita betul2 ikhlas pasti akan berjaya !!!!rizki ni ada dimana-mana kalau berani mencuba...


kawan-kawan

PENGUMUMAN
SESIAPA YANG NAK TAHU APA SEBENARNYA USANA
NAK TAHU CAMNE DAPAT DUIT DENGAN USANA
NAK TAHU LEBIH LANJUT
TAK KISAH LAH SAMADA SERIUS NAK TAHU ATAU SEKADAR NAK TAHU
BOLEH HUBUNGI SAYA EFFA +012-9444245
KALAU ANDA BETUL2 KOMITED MARI SAMA2 MENGEJAR IMPIAN
SAYA NANTIKAN ANDA MANJADI GROUP SAYA
website saya http://www.semuanyausana.usana.com/


NASIHAT: SAYA CADANGKAN SEBELUM MASUK MANA2 MLM atau DIRECT SELLING anda betul2 mengkaji ya !!!takut anda tertipu... :) sebab macam2 sekarang ni MLM..jual kopi MLM..pinggan mangkuk..semuanya...semuanya nak buat style Network Marketing ...Check betul2 lesen dia...


* Ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya ..tersilap opa2 beritahu saya...pendapat membina kritikan diterima dengan rela hati..ngeh :)
 
;