Showing posts with label #family. Show all posts
Showing posts with label #family. Show all posts
August 16, 2013 0 comments

My Wedding : Gotong royong bersama keluarga

Assalamualaikum semua..
6 bulan sudah berlalu tetapi perkahwinan saya masih segar diingatan.
Semuanya berubah dalam satu hari.
Menjadi tunang dan sekaligus menjadi isteri.
Lagi tambah bermakna apabila semuanya dibuat sendiri oleh family saya dan gotong royong bersama penduduk kampung .

Menjahit Baju & Hantaran : Emak
Pelamin & Make up: Mak Cik (Cik La)
Photographer: Pak Cik (Pak Ta)
Kek dan cupcake(doorgift): Adik
Doorgift (Bakul dari surat khabar) : Satu Family
Design kad: Encik Suami
Penunjuk Arah,photobooth dan chocolate fountain: Sendiri buat
Memasak : Emak dan Orang-orang Kampung
Khemah : Abah dan Orang-orang Kampung

Tema: Turquoise dan pink
Tarikh: 11 Febuari 2013
Tempat :Sungai Isap Perdana

Thanks alot.Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalas jasa  semua dan doakanlah kebahagiaan itu milik saya sehingga ke Jannah kelak.

Ini antara sebahagian koleksi gambar di sekitar majlis perkahwinan saya.



























Terima kasih sekali lagi.

p/s: terima kasih tulis pasal saya cik kak annur sila klik link dibawah ya untuk membaca entry tersebut.
August 14, 2013 0 comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H untuk semua kaum muslimin dan muslimat.Alhamdulillah tahun ini  kita telah diberi kesempatan untuk terus bernafas dan meraikan hari kemenangan ini bersama-sama orang tersayang.Begitu juga saya,tahun ini Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk merayakan bersama keluarga dan juga bersama suami yang tersayang buat kali pertama.Aneh sungguh perasaan apabila kali ini beraya sebagai seorang isteri,anak,menantu dan juga bakal ibu.Gembira bercampur baur.Pada raya pertama dan kedua saya telah beraya di kampung suami saya iaitu di Felda Sri Ledang ,Segamat dan seterusnya beraya di rumah saya di Sungai Isap Perdana,Kuantan.Ini pengalaman yang sangat berguna sebab first time beraya dengan keluarga yang baru.

Tahun ini juga raya saya sangat bermakna sebab adik perempuan saya selamat bertunang. Selamat menempuh fasa pertunangan ya.Orang kata fasa pertunangan ini sangat mencabar dan saya tidak berkesempatan melalui fasa ini. Pada mulanya pertunangan kami (saya  dan suami ) yang sepatutnya berlangsung pada 31 Ogos 2012 ditunda dan akhirnya kami telah membuat majlis pertunangan serta perkahwinan serentak pada 11 Febuari 2013.Jimat pun jimat kak Ton. Jadi saya agak tergelak apabila suami saya bertanya " majlis pertunangan itu macam mana?".

Oleh sebab ada majlis pertunangan dan juga majlis akikah di kuantan.Jadi raya tahun ni agak meriah dengan makanan.Jika di Segamat,family menyediakan ketupat nasi ,kuah lodeh dan nasi lemak,di Kuantan pula famili menyediakan laksa penang ,sup gearbox,opor daging,dalca,sambal belacan bacang,singgang daging,nasi minyak,dan juga pulut durian.yummy yummy....

Sebahagian daripada familia di Kuantan.
First raya together.
Noor is getting engaged.

My nephew (Ammar) and I .
Perbincangan mengenai pertunangan.

Kami menumpang tempat tunang orang .

Hantaran pertunangan.

Sisters.

Makcik-makcik dan adik-adik.

Tunang,yang ditunang,yang sudah bertunang dan bakal bertunang.

The best part is durian.Yummy.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H.MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
.-EFFA DAN SUAMI




 
;