Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H untuk semua kaum muslimin dan muslimat.Alhamdulillah tahun ini kita telah diberi kesempatan untuk terus bernafas dan meraikan hari kemenangan ini bersama-sama orang tersayang.Begitu juga saya,tahun ini Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk merayakan bersama keluarga dan juga bersama suami yang tersayang buat kali pertama.Aneh sungguh perasaan apabila kali ini beraya sebagai seorang isteri,anak,menantu dan juga bakal ibu.Gembira bercampur baur.Pada raya pertama dan kedua saya telah beraya di kampung suami saya iaitu di Felda Sri Ledang ,Segamat dan seterusnya beraya di rumah saya di Sungai Isap Perdana,Kuantan.Ini pengalaman yang sangat berguna sebab first time beraya dengan keluarga yang baru.
Tahun ini juga raya saya sangat bermakna sebab adik perempuan saya selamat bertunang. Selamat menempuh fasa pertunangan ya.Orang kata fasa pertunangan ini sangat mencabar dan saya tidak berkesempatan melalui fasa ini. Pada mulanya pertunangan kami (saya dan suami ) yang sepatutnya berlangsung pada 31 Ogos 2012 ditunda dan akhirnya kami telah membuat majlis pertunangan serta perkahwinan serentak pada 11 Febuari 2013.Jimat pun jimat kak Ton. Jadi saya agak tergelak apabila suami saya bertanya " majlis pertunangan itu macam mana?".
Oleh sebab ada majlis pertunangan dan juga majlis akikah di kuantan.Jadi raya tahun ni agak meriah dengan makanan.Jika di Segamat,family menyediakan ketupat nasi ,kuah lodeh dan nasi lemak,di Kuantan pula famili menyediakan laksa penang ,sup gearbox,opor daging,dalca,sambal belacan bacang,singgang daging,nasi minyak,dan juga pulut durian.yummy yummy....
|
Sebahagian daripada familia di Kuantan. |
|
First raya together. |
|
Noor is getting engaged. |
|
My nephew (Ammar) and I . |
|
Perbincangan mengenai pertunangan. |
|
Kami menumpang tempat tunang orang . |
|
Hantaran pertunangan. |
|
Sisters. |
|
Makcik-makcik dan adik-adik. |
|
Tunang,yang ditunang,yang sudah bertunang dan bakal bertunang. |
|
The best part is durian.Yummy.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H.MAAF ZAHIR DAN BATIN.
.-EFFA DAN SUAMI
|
0 comments:
Post a Comment