November 30, 2009 3 comments

Surat rasmi kepada cintaku (yang bukan cintaku jangan baca)

Rujukan kami:EPA/CINTA001
Rujukan tuan:


1 DISEMBER 2009

Kepada

Sesiapa yang berkenaan

Tuan/Encik/Saudara

MEMOHON UNTUK MENGIKUT SEGALA ARAHAN YANG DILAMPIRKAN

Dengan segala hormatnya ,izinkan saya merujuk perkara diatas,saya NOOR FAZIERAH BINTI YAAKUB bernombor kad pengenalan 860714-**-**** ,Presiden Kelab Peminat No 1 Tuan/Encik/Saudara merangkap satu-satunya ahli kelab tersebut ingin memohon agar pihak Tuan/Encik/Saudara untuk mengikut segala arahan yang dilampirkan secara urutan dengan segera.

Arahan yang perlu diikuti segala urutan dengan segera adalah seperti berikut :

1.Sila berdiri.
2.Kemudian,sila berjalan kearah tempat anda menggantungkan atau menyimpan bingkai gambar pemberian Kelab Peminat.
3.Seterusnya ambil bingkai gambar tersebut.
4.Kemudian,sila buka penutup belakang bingkai gambar tersebut.
5.Akhir sekali,sila lihat apa yang Tuan/Encik/Saudara jumpai.

Bersama-sama dengan ini juga,pihak kelab ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-22 pada 1 Disember 2009 bersamaan hari Selasa.Pihak kelab juga ingin mengucapkan selamat berjaya di dalam peperiksaan pertengahan semester yang jatuh pada hari yang sama dengan hari ulangtahun kelahiran Tuan/Encik/Saudara.

Diharapkan pihak Tuan/Encik/Saudara dapat mengikuti segala arahan yang dilampirkan secara urutan dengan segera.Sebarang kemusykilan dan kekeliruan sila berhubung dengan pihak saya dengan segera.Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak Tuan/Encik/Saudara amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar,


.........................
(Noor Fazierah Yaakub)
Presiden
Kelab Peminat No 1 Tuan/Encik/Saudara
Malaysia.
(012-9******)


*********

video
epa ngan selamba menyanyikan lagu happy birthday
(^_^")V
November 26, 2009 0 comments

romantik dan romantis


cuti menjelma
satu je perkataan menggambarkan cuti
bosan
sila start sekolah balik

saya mahu g sekolah
hahhahaha

padahal bila dah start sekolah
huhuhuhu

malasnya g kelas

silalah cuti
kekadang sampai sanggup menjadi pelakon di depan doktor2
semata-mata mahu cuti free

biasalah manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang ada


hari ini aku kerja cam biasa
kat haagen dazs mid valley

dan satu perkara menarik perhatian aku

melihat pak cik dan mak cik
yang aku layak panggil mereka nenek ngan datuk
mesra dating bersama
wow romantik dan romantis
kagum!!!!!!!
ini kira kali kedua aku lihat pasangan datuk nenek
yang betul2 romantik

kali pertama
ada pasangan datuk dan nenek itu mengambil angin malam menaiki basikal bersama-sama
datuk menunggang basikal dan nenek itu membonceng di belakang
aku nampak kat ss2 waktu ngah makan
dan ini kali kedua
jarang aku dapat lihat hubungan yang betul-betul mesra camni

walaupun dah dimamah usia

epa cemburu ????mestilah...

lumrah manusia mahu disayangi dan menyayangi hingga akhir hayat

wow...

bila epa berbicara bab sayang dan cinta...
ok epa mmg kasar tapi hati still perempuan...
hahaha...

jangan salahkan epa sebab dilahirkan ngan hati yang lembut walaupun luaran agak kasar..

honestly
aku pun harap yang sama..

aku mahu menyayangi encik bakal suami sampai bebila

aku mahu pastikan perutnya boroi,kepala beruban,berkaki tiga pun aku tetap sayang dia

tapi ini bergantung pada bakal encik suami juga

kalau dia separuh jalan je sayang aku

tak guna juga

jadi kepada encik bakal suami
sayanglah cik epa ini sepenuh hati ye

jangan membuat sesuatu yang melukakan
ok epa sensitif
senang maafkan orang
tapi kalu dah terluka sampai bebila pun kekal dalam ingatan


aku tak mahu la jadi cam trend sekarang ni

kawin setahun cerai berai
lepas tuh bila dah cerai mencanang segala yg tak baik
please simpang 44
hahahha..
boleh pula cita pasal kawin ni

padahal i need spend another 1 year in university to finish my degree so pasal kawin ni agak lama lagi la
tak termasuk dalam rancangan jangka pendek epa yerk
cuma rasa kagum terhadap pasangan itu
membuatkan saya bercerita pasal kawin

umur pasangan itu dalam 80-70 an la
berjalan berpimpingan tangan
bergurau senda

so sweet
bertuah jadi nenek itu
i'm totally loike it
epa harap suatu hari epa akan jadi macam mereka.
InsyaAllah..

boleh kea encik bakal suami menjadi romantik dan romantis sehingga akhir hayat???
(encik bakal suami adalah unknown..biarlah masa tentukannya..ahhaa)

(kalau rasa anda adalah encik bakal suami saya nanti silalah jawab dalam hati ya)


** berharap encik bakal suami nanti yang masih belum diketahui identitinya tidak jemu menyayangiku...bukan setakat cakap sahaja taw....bak kata omputih "actions speak louder than words".

** kagum jugak dengan emak dan abah.biarpun tak kaya harta tapi kaya dengan kasih sayang.lebih2 emak terror serba serbi...memasak menjahit menanam mengait membuat cross stich (tapi agak malang tiada anak yang mengikut jejak langkah..tapi akan pastikan before kahwin menuntut ilmu untuk menambat hati encik bakal suami)


** kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin tahniah ...yang dah kahwin tahniah..yang dah menambah ahli keluarga pun tahniah(baru sedar umur dah makin meningkat)

nota tambahan(lari dari topik):
yeah berjaya jogging early morning.
harap dapat maintain swim 1km per day.
alahai kene attend EDMAT plak.cam harem.
medan???apa cerita???jadi ke tak mahu melancong??
jumaat raya.alamat makan eskem haagen dazs la di hari raya.
result oh result.menggeletar memikirkan result.
jadual sem depan kene susun balik.
aku gumbira si gomez berjaya keluar dari kepompong itu.BERUSAHA cik gomez.!!!
sekarang mega sales.takde duet.ade sesape mahu sponsor??
adik aku tetibe kata sedih raya seorang diri.
memikirkan hadiah tuk dia.pening.
yeah esok off day.
esok rasa cam mahu melihat dunia.



abah ngan mak epa


dan
adakah mereka encik bakal suami????




papepun biarlah masa yang tentukan.
kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan.
kalau dah jodoh tetap jodoh.
kalau epa dah sayang akan kusayang sampai bebile.
=)

November 24, 2009 0 comments

Impian

angan-angan saja tidak akan kemana
bekerja untuk itu
supaya segala impian akan direalisasikan
ditambah dengan doa dan keberkatan dari Allah s.w.t




nota tambahan:
mengapa aku asyik alpa?
staying alone is not bad.
swimming i love it.
huh...bila nak start jogging in the early morning.
saya mula ber"baito" kembali.penat.!!
sesiapa nak belanja saya slimming world sila kontek saya.hahah.
desperately nak kurus.
dah lama tak jalan2 kat shopping mall.
nak holiday di medan.jadi ke tak ni???
camne nak susun jadual next sem ni??pening-pening.
before exam
緊張 ngah exam 緊張 tunggu result exam 緊張!!!!huhuh..
mak abah nak hantar kereta balik rumah la...tapi takde masa..nak jalan kaki jek..lagi senang :)
nak gapai impian saya dengan bergaya.Ameen.
ok mahu g keje.jum jalan kaki.
papai.



November 22, 2009 2 comments

hari ini

hari ini epa seakan berputus asa


November 19, 2009 1 comments

terima kasih segalanya

terima kasih
terima kasih kerana bagi aku lahir kedunia ini
terima kasih kerana ada abah yang serius
yang selalu mengutamakan anak-anaknya dari diri sendiri
terima kasih kerana ada mak yang memahami
yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari
yang membesarkan aku
yang tidak kenal penat lelah untuk mencari duit
yang selalu menjahit segala pakaianku dari baju kurung ,baju kurung dan baju dinner
yang selalu mendengar masalah aku
yang menasihat aku supaya belajar tekun sikit
terima kasih kerana ada along yang selalu bagi aku duit
walaupun dah ada famili sendiri
terima kasih kakak ipar aku
sebab bagi aku basuh baju yang banyak sekali kat rumah kamu
terima kasih bagi saya angah yang kelakar
yang tidak banyak cakap
membantu apabila perlu
terima kasih kerna aku ada adik-adik yang selalu bergaduh sesama mereka
yang selalu membuat aku sakit kepala
yang selalu menyepahkan rumah
yang selalu menyebabkan aku naik angin
terima kasih kerana bagi aku anak saudara yang comel
yang membuatkan aku nak ada anak secomel itu
terima kasih sebab tanpa mereka siapalah aku
terima kasih kerana mereka
menerima aku yang suka bercakap dengan kuat
tidak suka basuh pinggan
suka makan
dan sangat sensitif
terima kasih segalanya

terima kasih sebab sehingga kini aku masih hidup
dapat hirup udara segar
terima kasih sehingga ari ini aku dapat belajar apa erti sebuah kehidupan
terima kasih kerana aku tahu apa erti sebuah kejayaan
sungguh gembira apabila berjaya
dah semua orang yang berada disekeliling menghargai kita
terima kasih juga kepada kegagalan
kerana kita tahu siapa kawan siapa lawan
terima kasih kepada tohmahan
terima kasih kepada pujian-pujian
tanpa mereka siapalah saya
terima kasih segalanya

terima kasih susah
terima kasih senang
terima kasih sakit
terima kasih bosan
terima kasih sibuk
terima kasih benci
terima kasih gembira
terima kasih sabar
terima kasih kecewa
terima kasih segalanya

terima kasih kawan-kawan
apabila susah kamu membantu
apabila saya blur kamu memahami
apabila saya sedih kamu ceriakan
terima kasih kamu membelanja aku
terima kasih sambut birthday aku
terima kasih bagi aku sokongan
terima kasih kalau aku bosan ajak aku pergi keluar
terima kasih mendengar lawak bodoh aku yang tak seberapa
terima kasih bagi aku tiru kerja sekolah
terima kasih ajar aku apa yang aku tidak faham
terima kasih segalanya

terima kasih pelakon-pelakon perempuan yang cantik
membuatkan aku jealous dan aku ingin kelihatan cantik dan kurus
terima kasih kepada pelakon-pelakon yang hensem
membuatkan jiwa aku gembira melihat kamu yang hensem
terima kasih cerita kartun
membuatkan aku gelak tanpa henti
terima kasih tukang gunting rambut
yang selalu memotong rambut aku dengan cantik sekali
terima kasih kerana ada majalah-majalah terutama majalah fesyen
terima kasih kerana ada laptop pemberian abah
aku dapat bermain fesbuk saban hari
membuat assignment dengan senang
pendek kata
tidak aku susah payah mengcopy paste kerja sekolah
terima kasih sebab senang juga aku meng skype oranng tersayang
terima kasih doktor bahu dan doktor gigi
terima akak phisioterapi
terima kasih segalanya

terima kasih cikgu-cikgu ajar aku membaca
menulis mengira
membuat matematik tambahan ,fisik dan segala subjek aku belajar
terima kasih kerana marah aku
terima kasih kerna denda aku
rotan aku
suruh aku ketuk ketampi berantai
koyak buku sekolah aku
tengking aku
halau aku dari kelas
hantar surat peringatan kat mak aku sebab aku ponteng sekolah
terima kasih cikgu sudi mendengar masalah saya
terima kasih juga cikgu kerana sebab cikgu-cikgu sekalian saya berada di universiti
terima kasih juga kepada cikgu yang mengajar bahasa asing kepada saya
walaupun saya tak terror
sekurangnya saya boleh berlagak sikit camne nak tanya kat mane toilet dalam bahasa asing itu...
terima kasih segalanya


terima kasih syarikat yang pernah jadi tempat kerjaku
sinma banyak ubah aku menjadi seorang perempuan
ajar aku bagaimana nak make -up
bagaimana nak buat rambut
terima kasih ajar aku bahawa semua perempuan adalah cantik
sushi king
bagi aku peluang camne kerja ngan manager yang tak peduli kebajikan pekerja
terima kasih bagi aku peluang itu
haagen dasz tempat yang aku bertahan lama
2 tahun
terima kasih kerana memahami aku sebagai seorang pelajar yang membuat kerja sambilan
bagi aku makan ice cream
bagi aku peluang kerja dengan mereka yang menyeronokkan
menjaga kebajikan aku
belanja aku makan
bagi aku duit tambang untuk pulang
terima kasih tempat praktikalku
yang bagi aku lulus
yang bagi aku pengalaman outstation
yang bagi aku paham erti sebuah landfill
yang bagi aku paham apa itu sampah
yang bagi aku paham erti busan di pejabat
terima kasih segalanya

terima kasih cinta
membuatkan saya dicintai dan mencintai
membuat saya ketawa
membuatkan saya rasa bahagia
pernah membuat saya menangis
pernah membuat saya rasa bimbang
pernah membuat saya jealous
pernah membuat saya putus harapan
pernah membuatkan saya jiwa kacau
pernah membuat saya rasa tertekan
pernah membuat saya serabut
dan sentiasa memanggil saya serabut
membuat saya rasa tergugat
memberi saya pelbagai hadiah dan kenangan
terima kasih kerana selalu menasihati
terima kasih kerana memarahi saya
terima kasih kerana mengambil berat
terima kasih segalanya

terima kasih kucingku, pungut
kerana kau selalu dijanjikan tempat aku luahkan perasaanku bila mak ngan abah marah
aku cubit pipi kau pungut tanda aku geram dan bengang
terima kasih sebab selalu bermain dengan aku
terima kasih sebab kau lahirkan banyak anak-anak kau
terima kasih jugak sebab anak-anak,cucu dan piat kau selalu berak dan muntah merata dalam rumah aku
dan aku lah yang dipaksa membersihkannya
terima kasih kepada pengalaman itu
terima kasih kepada teddy bear aku, gemuk dan geng-gengnya
terima kasih sebab kau menjadi teman aku tidur sepanjang hayat kau
walaupun badan kau dah koyak
aku jahit dan kau koyak kembali
tapi aku tetap gembira
sekurang-kurangnya aku ada teddy bear
terima kasih segalanya
terima kasih kereta bapaku yang kupinjam,cbb
walaupun kau selalu rosak
abiskan duit aku yang banyak
tapi terima kasih
aku dah tahu camne rupa enjin
kalau rosak kereta siapa aku kene call
aku tahu camne nak tukar tayar kereta
terima kasih segalanya
terima kasih gitarku,browny
walaupun aku tak terror main
jarang petik kau
tapi aku gembira sekurang-kurangnya
satu hari nanti aku nak belajar main gitar sampai aku terror
terima kasih segalanya

terima kasih kepada kau juga pembaca blog aku
walaupun panjang kau tetap nak baca juga
kalau ikut hati aku nak tulis panjang lagi
tapi orang kata jangan ikut kata hati nanti mati
so aku berhenti sampai sini dulu la
lagipun dah pukul 4 pagi sudah
esok aku kerja
nanti tiada semangat untuk kerja
kalau nak ucap terima kasih kepada semua dan apa yang berlaku sepanjang 23 tahun ini
aku rasa ini belum cukup
tapi biarlah sekurangnya aku mahu semua orang disekeliling aku tahu aku menghargai
sekali lagi
terima kasih
teriima kasih segalanya
terima kasih
November 16, 2009 2 comments

happpy birthday ammar!!!!!


my sis,noor fadielah and my nephew, ammar

ammar and epa

sis in law ,norhaslida, my bro,badlee hisyam and my nephew,ammar

my dad,encik yaakub,my mom,puan rusminah and my nephew,ammar

ammar,
aunty wishing u

happy birthday
ammar danish bin badlee hisyam

my nephew

love u dear


extra note:
tomorrow my last paper,wish me luck ya .
my backache is come again.
pain killer, my only hero who can save me at this moment.
only Allah knows y.
sharing is caring .if u dun share,its means u didn't care.do you ???.
just finished reading Malay novel.natsukashi!!!!
"badan bengkak gara-gara si nyamuk".





November 13, 2009 1 comments

RELATED TO EIA...

application of environmental impact assessment
is

A tool used to identify the impacts of our life prior to decision making.It aims to predict all the impacts at any early stage in project or activity,find ways and means to reduce adverse impacts,shape the activity or project to suit with our own condition.

EIA is one of my compulsory subject that I learned
and today
I'll take this subject's examination.
If I apply the EIA concept in my life,
(I named it LIFE IMPACT ASSESMENT)
absolutely,
I'll get better life for my future and my next generation's future.

extra note:
pray for me.
hope I do not do such a foolish mistake again.

Where have you been?I've looked for you.
I wanna say to unconsidered person:"orang tamak selalu rugi".
November 12, 2009 2 comments

If i could...

now




my head


if I could

but I know I couldn't



if i could take this


and I know I also couldn't




Hope Allah s.w.t give me what the best for me.
Amin

extra note :
having a sleep disorder.
today, my unlucky day.
fell down in front of toilet.
envy to them.
why always being a "loser" and not a "winner"??.
i extremely gained my weight due to high level of depression.
tomorrow my EIA examination.


November 9, 2009 2 comments

ku petik bintang-bintang

today daku kurang mood sikit nak study lalu daku membelek segala gambar lama...tetibe datang idea untuk membuat video...video ni daku dah postkan kat fesbuk tapi daku postkan juga disini..buat tatapan kawan-kawan daku....espesially yang takde fesbuk...dan yang tak boleh di tag di fesbuk





Aisyah Ramly , Amri Arifin , Nur Fahmi Azami , Chong Chuang Chia , Nurulhayati Ramli, Nadhirah Tamizai, Nurashikin Amir Hamzah, Nur Munirah Noorafendi , Tong Koh Wei, Swee Meng, Nurul Nabihah , Mohd Azmi Mohd Shari, Khairul Asyraf Yusof , Nur Shahirah Muhamad Arifin, Gunalan Sahadevan, Haryanti Hassan, Jimi Èn Hazmi , Jai Ganesh Nammbhiar, Kathleen Por Chhe Ern , Ganesa Nambiar, Weishan Chua , Muhammad Fahmi Idris, Darren Yan , QiLa Gomez , Rexology Rex,Maryam Kamel Ariffin,Ijat

papepun good luck kengkawan..study molek-molek..love u all

nota tambahan:
>>>>>>fesbuk memang mengsibukkan aku mereply komen-komen kawan-kawan..mengstalker orang dan etc...fesbuk tidak bagus buat aku pada masa ini...aku rase hampir alpa
>>>>>>semoga kamu cepat baik dari demam..saya risau taw...saya mahu lihat kamu tersenyum..suke
>>>>>>arini aku rasa cikgu aku sangat comel...sbb pagi-pagi lagi dia telefon aku kata dia tak dapat jumpa aku harini sbb spek mata dia hilang..sewaktu sedang call aku itu dia tengah pergi mencari spek matanya di sekolah anak dia....hahhaahahha..comel-comel...tengah hari pula dia telefon aku kata dia dah jumpa spek mata dia..hahahha
..saya sangat suke cekgu itu

ok sekarang saya mahu tekadkan diri untuk study ..nyah kau fesbuk dari sini...
high red alarm warning is activated !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
November 7, 2009 5 comments

saya sayang dia ...

Warning Pictures, Images and Photos
amaran keras:
post ini tidak sesuai kepada semua lapisan masyarakat kerana post ini terlalu berbunga-bunga.
rockstar,gangster dan seumpama dengannya adalah dilarang keras membaca post ini.


sekarang musim peperiksaan...
semua orang belajar....
begitu juga saya...
sungguh kuat saya belajar...
pencemaran bunyi...
pencemaran udara..
matematik kejuruteraan 1...
kejuruteraan geoteknikal..
pengurusan sisa pepejal..
penilaian impak alam sekitar...
(agak aneh bunyi perkataan-perkataan jika saya menterjemahkannya dalam bahasa melayu..sungguh asing kedengaran..maaf saya sudah biasa mendengar perkataan-perkataan ini dalam bahasa penjajah)
walau bagaimana kuat saya belajar...
sukar sekali saya untuk memahami segala-galanya...
kadangkala saya hampir menyerah kalah...

tapi

nasib baik ada dia
dia banyak memberi semangat kepadaku
sungguh sungguh bertuah saya ada dia
setakat ini dia paling memahami
dan dialah yang saya paling sayang
ehem..dia pacarmu?
ya dia pacarku...
kamu sayang dia...??
saya pasti saya sayang dia...
dia saja dimataku...
kenapa kamu sayang dia...??
sejujurnya perkara ini sangat subjektif...
sukar mahu aku luahkan dengan kata-kata...
tapi dengar suaranya saja mampu membuatkan aku gembira...
bila tidak dengar
tak senang hati rasanya...
bermacam-macam soalan aku fikirkan...
sihatkah dia?
dah makan ke belum?
dan bermacam-macam lagi...
apatah lagi jika tidak berjumpa..

kami berbeza...
segala-gala berbeza...
tapi terima kasih kerana menerima...
aku gemuk..
kamu terima..
tapi aku tahu di sudut hati kamu..
kamu suka yang kurus...
aku hitam..
kamu terima...
tapi aku tahu citarasa kamu....
kamu suka putih melepak...
aku kasar...
kamu terima...
tapi aku tahu...
sudah pasti kamu suka yang ayu...
lembah lembut...
maaf aku tidak seperti mereka...
cantik...
baik...
malah ..
aku ada bermacam-macam sikap dan telatah yang memerlukan kesabaran
namun kau sedar
aku tetap aku
dan kau tetap bersabar
terima kasih sayang
terima kasih juga kerana memberikan sokongan...

kan saya dah kata hanya dia dimataku
(sila klik pada gambar untuk melihat siapakah dia dimataku dengan lebih jelas..)

nota tambahan: selamat berjaya kepada kawan-kawan



November 5, 2009 0 comments

exam ..exam...


sepah..celaru..serabut..
hahhaha
meja study aku merangkap tempat tido aku

exam mode activated
but its react too slow
hati kata belajar epa go..go...!!!
tapi connection between hati and kepala otak asek pending..
tak dapat nak tafsir...
tak taw kenapa
nak kata pakai broadband
connection antara hati dan otak pakai fix line
mungkin connection tak cukup kuat gamaknya
sila..sila..hembuskan nafas semangat kepadaku..
kurang semangat
tahu study penting tapi tetap malas...
aishhh

dalam kesibukan daku mengstudy weekkan diri
sempat jugak aku meronggengkan diri
bersama kakak ipar aku dan adik aku...
kak ida along n no
bolehlah aku kurangkan tekanan sikit..
hahaha

relax..relax...
yeah ....melompat lebih tinggi...
kakak ipar daku n adekku..

sila-sila study epa...
memberi semangat tuk diri sendiri
study sambil dengar lagu ni...
barulah ada booster sikit...
lagu ini agak bersifat retro sikit la..



November 2, 2009 0 comments

sesak

bebelan emak
harapan abah
desakan waktu
kesenyapan dia
menghimpit pikiranku
formula berganda-ganda
lagi menyesakkan
setiap bait nota cikgu-cikgu
menambahkan tahap kesesakan fikiran
buntu
bilakah kadar kesesakan ini akan berkurang?
November 1, 2009 0 comments

sekali lagi

seribu satu macam hendak kuluahkan
hendak kusampaikan
hendak ku ceritakan
tapi hampa
mulut semakin membisu
membisu kerna segan
ku sedari
ia semakin jauh dan menjauh
kumencari mana silapnya
tapi ia seakan-akan tiada jawapan
sekali lagi
muncul di benakku
adakah aku perlu angkat kaki dan pergi???


p.s :gud luck 4 my sis,maznah ..hope that u'll be success in Beijing

 
;