September 7, 2014 1 comments

Safiyyah Iki Nimra : Detik Kelahirannya

Safiyyah (Islamic)       : Untroubled, serene, pure, best friend
Iki (Japanese)        : an expression of simplicity, sophistication, spontaneity, and originality
Nimra (Arabic/Urdu)   : Soft, Lion

Safiyyah Iki Nimra itulah nama yang diberikan kepada puteri kami yang pertama yang dilahirkan pada 19 Oktober 2013 (Sabtu -5.34 pm) dengan berat 1.9 kilogram di Hospital Kajang secara normal pada kandungan baru mencapai 33 minggu . Kedatangannya benar-benar menggembirakan hati kami  walaupun waktu itu kami benar-benar terkejut dengan kelahirannya yang awal almost 2 bulan dari sepatutnya. 

Sebulan sebelum kelahirannya,rutin kerja agak membebankan dan saya selalu pulang lewat dari ofis.Malam sebelum saya melahirkannya saya agak tertekan lalu mengajak sang suami menonton midnite movie di Midvalley yang bertajuk "Escape Plan".Saya menyuruhnya mengambil saya di ofis dan saya meninggalkan kereta saya di ofis kerna keesokannya saya akan datang awal untuk bekerja kerna harus menyiapkan kerja walaupun hari Sabtu .

Ya kami pulang agak lewat iaitu lebih kurang pukul 3 pagi setelah selesai menonton wayang . Pagi keesokkannya saya bangun seperti biasa untuk pergi kerja dan mendapati saya bleeding...Lalu saya memberitahu sang suami dan menangis.Sang suami hanya mampu memeluk dan berkata kalau rezeki itu milik kita InsyaAllah takkan berlaku apa-apa.Tiba-tiba saya dapati air keluar seperti air kencing dengan banyaknya.Melalui pembacaan saya dapat agak bahawa air yang keluar itu mungkin air ketuban kerna teksturnya yang agak likat dan pengeluarannya tidak dapat dikawal.Jadi saya meminta sang suami menghantar saya ke hospital. Saya hanya memaklumkan kepada ibu mertua saya bahawa saya hanya ingin pergi ke klinik untuk berjumpa doktor tanpa menceritakan perkara yang saya alami.

Setelah pergi ke hospital saya ditahan di wad dan telah diberikan suntikan dexa untuk menguatkan paru-paru anak dalam kandungan . Saya telah dimaklumkan oleh doktor bahawa bukaan adalah 1cm. Doktor pakar berharap bahawa saya tidak melahirkan bayi ini secepat yang mungkin kerna buat masa itu saya dimaklumkan bahawa bayi saya hanya seberat 1.6 kilogram dan pasti anak saya akan dimasukkan dalam inkubator.Malangnya buat masa itu inkubator di hospital kajang sudah full dan pihak hospital cuba mendapatkan inkubator yang kosong dari hospital lain tapi kemungkinan besar agak tipis.

Petang itu,sang suami pulang ke rumah untuk mengambil barang saya kerna saya datang ke hospital sehelai sepinggang,ketika itu saya sakit perut tapi saya agak takut untuk pergi ke toilet kerna melalui pembacaan,kebanyakkan orang mengatakan bahawa nak bersalin itu seperti hendak membuang air besar.Dalam ketakutan itu  saya beranikan diri juga untuk ke toilet dan saya rasakan saya mampu mengcontrol segalanya jadi saya rasa mungkin saya benar-benar ingin membuang air besar.Setelah saya membuang air besar ,saya berjalan untuk menuju ke katil dan tiba-tiba saya merasakan perut saya sakit.Lalu saya memaklumkan kepada nurse yang bertugas.Dia meminta saya duduk di atas kerusi sementara menunggu doktor kerna doktor agak sibuk di dewan bersalin.

Saya duduk atas kerusi dan tiba-tiba saya merasakan perut saya mengeras...Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya perut saya ketika itu .Saya menangis atas kerusi menahan kesakitan.Sister yang duduk berhampiran saya perasan saya menangis seolah-olah ingin bersalin lalu memberitahu nurse yang lain.Sister itu meminta saya masuk ke bilik rawatan untuk memeriksa . Ketika diperiksa perut saya tiba-tiba lembik tidak keras seperti ketika saya duduk atas kerusi.Saya hanya gelak dan berkata mungkin main-main je dia mengeras.Lebih kurang 5 minit kemudian perut saya sakit dan dapati kepala baby dah nak hampir keluar.Sister dan nurse agak kelam kabut...disuruhnya saya bangun dan duduk atas kerusi tolak dan dengan pantasnya saya dimasukkan dalam dewan bersalin. Saya agak gementar apatah lagi melihat doktor dan nurse yang ramai dalam bilik bersalin tersebut.Seorang nurse memaklumkan kepada doktor saya tidak membawa beg apatah lagi baju baby.Nurse tersebut bertanya kepada saya ,suami kat mana ?Saya kata suami kat rumah ambil barang .

Alhamdulillah tepat jam 5.34pm,iaitu beberapa minit selepasa saya dimasukkan dalam bilik bersalin tersebut saya melahirkan seorang puteri yang kiut.Doktor semua menarik nafas lega kerna berat bayi agak berat berbanding scan iaitu 1.9 kilogram. Saya hanya tersenyum ketika melihat anak itu keluar. Menurut doktor jika tiada sebarang masalah ,anak saya boleh pulang ke rumah terus tapi ini semua bergantung  oleh observation doktor bayi. Setelah saya melahirkan anak ,doktor menyuruh saya berehat dan  menelefon sang suami memaklumkan tentang kelahiran tersebut. Saya diberi air milo dan menelefon sang suami tapi malangnya sang suami tidak mengangkat panggilan tersebut lalu saya menelofon ibu mertua saya dan dia agak terkejut kerna pagi itu saya hanya memberitahu saya hanya ingin berjumpa doktor.

Setelah saya keluar dari bilik bersalin,nurse bertanya kepada saya adakah saya ingin berjumpa dengan anak saya yang ketika itu sudah dihantar ke NICU untuk observation .Saya kata saya mahu tapi nurse berkata tapi saya perlu berjalan masuk sendiri kerna wheelchair tidak boleh digunakan di dalam NICU.Saya kata saya tetap mahu berjumpa anak saya . Dengan bantuan sang suami yang menolak saya ke NICU ,saya akhirnya dapat menatap wajah si kecil itu . Nurse  di NICU agak terkejut melihat saya datang di NICU kerna saya baru saja lepas melahirkan bayi. Saya gagahkan diri untuk menatap wajah si kecil itu buat kali pertama dan bagi saya rentetan kelahirannya pasti bersemadi dalam ingatan saya kerna ini adalah pengalaman pertama dan terbaik buat saya .




Ini adalah wajah Safiyyah Iki Nimra ketika pertama kali melihat dunia. Gambar diambil oleh sang suami ketika mengazankannya di NICU sebelum dimarahi oleh nurse kerna di NICU mengambil gambar adalah dilarang sama sekali 



 
;