October 23, 2008

~Fikirkan boleh!!!!!~

assalamualaikum...

act baru je pulang dari membuat demonstration soil mechanics...sementara nak menunggu g men basketball..emm..sempat ag rasenya nk tulis blog...nak berkongsi sedikit mengenai nlp ....act selepas membuat demo soil tadi kat bk105..lepak2 jap ngan dr. aishah abu bakar,my soil mechanics lecturer...so dia bercerita lah pasal nlp...dia kata kalu nk berjaya amalkan lah nlp...tadik sewaktu berborak2 ngan dr. aishah tuh still ag blur2 apa itu nlp....bila dah sampai bilik check internet akhirnya barulah taw....rupe2nya nlp itu adalah singkatan daripada Neuro-linguistic programming...... (link wikipedia NLP)

Menurut Dr. Aishah...manusia ada 3 layers..physical..brain..n heart...apa yang kita nk lakukan semuanya bermula dari niat..untuk berjaya kita perlulah berniat di dalam hati dan juga secara verbal...then apa yang kita niat itu akan diproses oleh otak dan akan memberi arahan kepada physical kita untuk bertindak...sememangnya hati kita memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan behaviour kita sehari-harian...sebagai contoh kalau kita tidak menyukai si A..walaupun ia sekadar dipendamkan di dalam hati tetapi perkara itu dapat dilihat secara kasarnya oleh owang len dari segi perbuatan kita..kerana otak telah memproses maklumat yang kita tidak suka si A dan telah menyebabkan secara physicalnya kita telah menunjukkan yang kita tak menyukai si A....

Untuk berjaya..seseorang kena berubah dan mengaplikasikan NLP....menurut pandangan beliau,pelajar Melayu terutamanya jika hendak berjaya perlu mengubah cara pelajar itu mereflek secara positif terhadap sesuatu pekara dan juga perlu menemui lecturer secara kerap....Cuba ambil contoh terhadap pembaiki hp berbangsa cina apabila dia mendapat customer untuk membaiki hp....

Di kedai hp...
Customer: Erm....u boleh baiki hp i tak??
Pembaiki hp: Boleh punyer...U kasik i tengok dulu ape masalah....

Walaupun pembaiki hp itu belum mengetahui ape masalah hp tersebut dengan yakinnya dia berkata boley...Secara tidak langsung dia akan berusaha untuk membaiki hp tersebut...

Ini juga telah disampaikan melalui lagu....


Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Kalau kita fikir kembali sewaktu kanak2 yang baru belajar berjalan....selalu seorang ibu berkata "ta'tih ...ta"tih.."dan bila anak tersebut terjatuh,lalu ibu tersebut berkata"oh anak mama...kuatkan.."atau "hero mama kuat.." dsb...act ini adalah contoh kata2 semangat yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya..begitu juga ketika kita belajar berbasikal...setiap kali jatuh..kita berusaha juga..dan akhirnya kita berjaya menunggang basikal...

Semasa saya berborak dengan Dr Aishah saya tertarik dengan kata2 ini...

"saya tak kisah kalau kamu tidur dalam kelas saya...tapi fikirlah kesan kepada orang lain.."

Kesan yang dimaksudkan adalah energy...menurut Dr. Aishah...seorang yang tidur itu secara saintifik nya mempunyai energy yang lemah..dan menurutnya lagi "ketika saya mengajar berhadapan dengan seorang yang sedang tidur..,energy lemah yang dipunyai oleh pelajar yang sedang tidur tadi telah dipindahkan kepada saya dan di"bounce"kan kepada pelajar lain..dan secara tidak langsung pelajar lain juga lama-kelamaan akan mempunyai tenaga yang lemah....act tenaga ini dalam perkataan lain dipanggil aura....aura yang bagus ialah aura yang bertenaga...positif aura..."

itulah apa yang saya perolehi dari Dr. Aishah Abu Bakar...Personally, i always admire her..how she's thinking..how she's talking..she always make me thinking how to be better n wut i have rite now is not enough..everyone in their life having their own potential n sometimes we still did not realize our own potential...She is like my idol...one day i want to be like her..oh no..i dun want to be like her but I WANT TO BE MORE THAN HER(positive thinking)...InsyaAllah...

Still remember this phrase "Malaysia Boleh...Effa Boleh.."

Dat's all for today...Thanks



P/S: kalau ada ape2 yang saya salah info harap diperbetulkan.... (^_^")V peace!!!

2 comments:

beruangbuncit said...

Thanks for sharing this!

effafazierah said...

no hal lah dude..=p (^_^")V

 
;