February 14, 2010

sabar selagi boleh


aku selalu kata kat diri sendiri
sabar epa sabar
tabahkan diri
inilah dugaan
tapi semakin aku menyabarkan hati
kepala aku semakin ligat berpikir
dan akhirnya aku menangis
inilah kelemahan aku
yang paling aku tak suka
aku pun tak paham
kenapa aku nampak gagah diluar tapi agak lemah dan sensitif

serius aku tertanya-tanya
kenapa harus kau marah,dengki dan meluat kat aku
adakah aku punya banglo sendiri
adakah duit aku berkepuk di poket
adakah aku punya banyak teman lelaki
adakah aku punya kejayaan yang digahkan
adakah aku punya kecantikan yang kau dambakan???
semuanya tidak

aku tidak punya apa-apa
aku hanya duduk di asrama subsidi kerajaan
duit tabung aku semua aku korek
aku tidak diminati mana-mana lelaki
aku tidak mampu berbangga dengan kejayaan
kerna aku belum menggapai sebuah kejayaan
aku tidak cantik
malah
aku sangat comot
tapi kau tetap nak dengki dan meluat denganku

serius aku menggagumi kau
kau cantik
tiada siapa yang tidak pernah tidak terpikat dengan kau
kulit gebu putih
bukan setakat lelaki bujang suami orang pun suka kau
kalau seribu masalah kau cerita pun
pasti diowang akan dengar apa sahaja cerita kau
sedangkan aku
hanya blog ini sahaja yang mampu mendengar segala coretan aku
bukan itu saja
kekadang aku membuat perbandingan
walau pengajian kau tak setinggi mana
tapi tahap kerja kau agak bagus
aku kagum

tolonglah hentikan cakap-cakap belakang kau
kenapa kau harus peduli aku
aku tak pernah kacau hidup kau
kenapa kau harus cerita dengan semua orang pasal aku

kadangkala
aku selalu kata kat diri sendiri
epa tak pe la
orang memang ada macam-macam perangai
lagipun ini adalah sementara
selagi boleh sabar epa sabar
diam sahaja adalah lebih baik
kalau lagi layan orang camni kita pun sama macam mereka
tapi sampai bila harus bersabar???


kaki nota :

aku terasa mahu mengambil tindakan drastik untuk berhenti kerja tapi masih dalam proses pemikiran kerna aku tahu aku masih ada masalah kewangan yang perlu diselesaikan..perlukah aku berhenti???

selamat tahun baru cina...tahun harimau..weee....

selamat hari V-day

selamat hari lahir untuk hidayah saat ..my roomate waktu mjsckl 2003

aku sedar.. what goes around,comes around...just think positif

semalam aku didatangi seseorang yang aku tidak kenal..tetiba dia berkata...kenapa awak terlalu baik ???jangan baik sangat nanti orang pijak kepala....membuatkan aku
terpikir...adakah aku terlalu baik...aku rasa aku bukanlah baik sangat...cuma aku selalu pikir..aku tidak mahu marah orang...tidak mahu benci orang sbb kalu aku berada di tempat orang yang di marah dan dibenci itu...aku akan sangat sedih..dan sedih...


silalah jangan kacau hidup saya yang tidak pernah mengganggu hidup orang lain ini

ok ..pen off..selamat malam...

2 comments:

amriup said...

boiprend ensem sgt kot.. tu yg dia jeles tu~

wee~

effafazierah said...

eh..tuh salah tuh
sejak bile pulak boyprend epa ensem..
never...

:)

 
;