November 19, 2009

terima kasih segalanya

terima kasih
terima kasih kerana bagi aku lahir kedunia ini
terima kasih kerana ada abah yang serius
yang selalu mengutamakan anak-anaknya dari diri sendiri
terima kasih kerana ada mak yang memahami
yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari
yang membesarkan aku
yang tidak kenal penat lelah untuk mencari duit
yang selalu menjahit segala pakaianku dari baju kurung ,baju kurung dan baju dinner
yang selalu mendengar masalah aku
yang menasihat aku supaya belajar tekun sikit
terima kasih kerana ada along yang selalu bagi aku duit
walaupun dah ada famili sendiri
terima kasih kakak ipar aku
sebab bagi aku basuh baju yang banyak sekali kat rumah kamu
terima kasih bagi saya angah yang kelakar
yang tidak banyak cakap
membantu apabila perlu
terima kasih kerna aku ada adik-adik yang selalu bergaduh sesama mereka
yang selalu membuat aku sakit kepala
yang selalu menyepahkan rumah
yang selalu menyebabkan aku naik angin
terima kasih kerana bagi aku anak saudara yang comel
yang membuatkan aku nak ada anak secomel itu
terima kasih sebab tanpa mereka siapalah aku
terima kasih kerana mereka
menerima aku yang suka bercakap dengan kuat
tidak suka basuh pinggan
suka makan
dan sangat sensitif
terima kasih segalanya

terima kasih sebab sehingga kini aku masih hidup
dapat hirup udara segar
terima kasih sehingga ari ini aku dapat belajar apa erti sebuah kehidupan
terima kasih kerana aku tahu apa erti sebuah kejayaan
sungguh gembira apabila berjaya
dah semua orang yang berada disekeliling menghargai kita
terima kasih juga kepada kegagalan
kerana kita tahu siapa kawan siapa lawan
terima kasih kepada tohmahan
terima kasih kepada pujian-pujian
tanpa mereka siapalah saya
terima kasih segalanya

terima kasih susah
terima kasih senang
terima kasih sakit
terima kasih bosan
terima kasih sibuk
terima kasih benci
terima kasih gembira
terima kasih sabar
terima kasih kecewa
terima kasih segalanya

terima kasih kawan-kawan
apabila susah kamu membantu
apabila saya blur kamu memahami
apabila saya sedih kamu ceriakan
terima kasih kamu membelanja aku
terima kasih sambut birthday aku
terima kasih bagi aku sokongan
terima kasih kalau aku bosan ajak aku pergi keluar
terima kasih mendengar lawak bodoh aku yang tak seberapa
terima kasih bagi aku tiru kerja sekolah
terima kasih ajar aku apa yang aku tidak faham
terima kasih segalanya

terima kasih pelakon-pelakon perempuan yang cantik
membuatkan aku jealous dan aku ingin kelihatan cantik dan kurus
terima kasih kepada pelakon-pelakon yang hensem
membuatkan jiwa aku gembira melihat kamu yang hensem
terima kasih cerita kartun
membuatkan aku gelak tanpa henti
terima kasih tukang gunting rambut
yang selalu memotong rambut aku dengan cantik sekali
terima kasih kerana ada majalah-majalah terutama majalah fesyen
terima kasih kerana ada laptop pemberian abah
aku dapat bermain fesbuk saban hari
membuat assignment dengan senang
pendek kata
tidak aku susah payah mengcopy paste kerja sekolah
terima kasih sebab senang juga aku meng skype oranng tersayang
terima kasih doktor bahu dan doktor gigi
terima akak phisioterapi
terima kasih segalanya

terima kasih cikgu-cikgu ajar aku membaca
menulis mengira
membuat matematik tambahan ,fisik dan segala subjek aku belajar
terima kasih kerana marah aku
terima kasih kerna denda aku
rotan aku
suruh aku ketuk ketampi berantai
koyak buku sekolah aku
tengking aku
halau aku dari kelas
hantar surat peringatan kat mak aku sebab aku ponteng sekolah
terima kasih cikgu sudi mendengar masalah saya
terima kasih juga cikgu kerana sebab cikgu-cikgu sekalian saya berada di universiti
terima kasih juga kepada cikgu yang mengajar bahasa asing kepada saya
walaupun saya tak terror
sekurangnya saya boleh berlagak sikit camne nak tanya kat mane toilet dalam bahasa asing itu...
terima kasih segalanya


terima kasih syarikat yang pernah jadi tempat kerjaku
sinma banyak ubah aku menjadi seorang perempuan
ajar aku bagaimana nak make -up
bagaimana nak buat rambut
terima kasih ajar aku bahawa semua perempuan adalah cantik
sushi king
bagi aku peluang camne kerja ngan manager yang tak peduli kebajikan pekerja
terima kasih bagi aku peluang itu
haagen dasz tempat yang aku bertahan lama
2 tahun
terima kasih kerana memahami aku sebagai seorang pelajar yang membuat kerja sambilan
bagi aku makan ice cream
bagi aku peluang kerja dengan mereka yang menyeronokkan
menjaga kebajikan aku
belanja aku makan
bagi aku duit tambang untuk pulang
terima kasih tempat praktikalku
yang bagi aku lulus
yang bagi aku pengalaman outstation
yang bagi aku paham erti sebuah landfill
yang bagi aku paham apa itu sampah
yang bagi aku paham erti busan di pejabat
terima kasih segalanya

terima kasih cinta
membuatkan saya dicintai dan mencintai
membuat saya ketawa
membuatkan saya rasa bahagia
pernah membuat saya menangis
pernah membuat saya rasa bimbang
pernah membuat saya jealous
pernah membuat saya putus harapan
pernah membuatkan saya jiwa kacau
pernah membuat saya rasa tertekan
pernah membuat saya serabut
dan sentiasa memanggil saya serabut
membuat saya rasa tergugat
memberi saya pelbagai hadiah dan kenangan
terima kasih kerana selalu menasihati
terima kasih kerana memarahi saya
terima kasih kerana mengambil berat
terima kasih segalanya

terima kasih kucingku, pungut
kerana kau selalu dijanjikan tempat aku luahkan perasaanku bila mak ngan abah marah
aku cubit pipi kau pungut tanda aku geram dan bengang
terima kasih sebab selalu bermain dengan aku
terima kasih sebab kau lahirkan banyak anak-anak kau
terima kasih jugak sebab anak-anak,cucu dan piat kau selalu berak dan muntah merata dalam rumah aku
dan aku lah yang dipaksa membersihkannya
terima kasih kepada pengalaman itu
terima kasih kepada teddy bear aku, gemuk dan geng-gengnya
terima kasih sebab kau menjadi teman aku tidur sepanjang hayat kau
walaupun badan kau dah koyak
aku jahit dan kau koyak kembali
tapi aku tetap gembira
sekurang-kurangnya aku ada teddy bear
terima kasih segalanya
terima kasih kereta bapaku yang kupinjam,cbb
walaupun kau selalu rosak
abiskan duit aku yang banyak
tapi terima kasih
aku dah tahu camne rupa enjin
kalau rosak kereta siapa aku kene call
aku tahu camne nak tukar tayar kereta
terima kasih segalanya
terima kasih gitarku,browny
walaupun aku tak terror main
jarang petik kau
tapi aku gembira sekurang-kurangnya
satu hari nanti aku nak belajar main gitar sampai aku terror
terima kasih segalanya

terima kasih kepada kau juga pembaca blog aku
walaupun panjang kau tetap nak baca juga
kalau ikut hati aku nak tulis panjang lagi
tapi orang kata jangan ikut kata hati nanti mati
so aku berhenti sampai sini dulu la
lagipun dah pukul 4 pagi sudah
esok aku kerja
nanti tiada semangat untuk kerja
kalau nak ucap terima kasih kepada semua dan apa yang berlaku sepanjang 23 tahun ini
aku rasa ini belum cukup
tapi biarlah sekurangnya aku mahu semua orang disekeliling aku tahu aku menghargai
sekali lagi
terima kasih
teriima kasih segalanya
terima kasih

1 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wuisshh panjang berjela tuuu....

ucapan terima kasih tak terkira banyaknya jika dikira dari hari kita 'dijadikan' di dalam perot ibu lagi kann..

alhamdulillah hingga kini boleh bernyawa..

 
;