November 26, 2009

romantik dan romantis


cuti menjelma
satu je perkataan menggambarkan cuti
bosan
sila start sekolah balik

saya mahu g sekolah
hahhahaha

padahal bila dah start sekolah
huhuhuhu

malasnya g kelas

silalah cuti
kekadang sampai sanggup menjadi pelakon di depan doktor2
semata-mata mahu cuti free

biasalah manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang ada


hari ini aku kerja cam biasa
kat haagen dazs mid valley

dan satu perkara menarik perhatian aku

melihat pak cik dan mak cik
yang aku layak panggil mereka nenek ngan datuk
mesra dating bersama
wow romantik dan romantis
kagum!!!!!!!
ini kira kali kedua aku lihat pasangan datuk nenek
yang betul2 romantik

kali pertama
ada pasangan datuk dan nenek itu mengambil angin malam menaiki basikal bersama-sama
datuk menunggang basikal dan nenek itu membonceng di belakang
aku nampak kat ss2 waktu ngah makan
dan ini kali kedua
jarang aku dapat lihat hubungan yang betul-betul mesra camni

walaupun dah dimamah usia

epa cemburu ????mestilah...

lumrah manusia mahu disayangi dan menyayangi hingga akhir hayat

wow...

bila epa berbicara bab sayang dan cinta...
ok epa mmg kasar tapi hati still perempuan...
hahaha...

jangan salahkan epa sebab dilahirkan ngan hati yang lembut walaupun luaran agak kasar..

honestly
aku pun harap yang sama..

aku mahu menyayangi encik bakal suami sampai bebila

aku mahu pastikan perutnya boroi,kepala beruban,berkaki tiga pun aku tetap sayang dia

tapi ini bergantung pada bakal encik suami juga

kalau dia separuh jalan je sayang aku

tak guna juga

jadi kepada encik bakal suami
sayanglah cik epa ini sepenuh hati ye

jangan membuat sesuatu yang melukakan
ok epa sensitif
senang maafkan orang
tapi kalu dah terluka sampai bebila pun kekal dalam ingatan


aku tak mahu la jadi cam trend sekarang ni

kawin setahun cerai berai
lepas tuh bila dah cerai mencanang segala yg tak baik
please simpang 44
hahahha..
boleh pula cita pasal kawin ni

padahal i need spend another 1 year in university to finish my degree so pasal kawin ni agak lama lagi la
tak termasuk dalam rancangan jangka pendek epa yerk
cuma rasa kagum terhadap pasangan itu
membuatkan saya bercerita pasal kawin

umur pasangan itu dalam 80-70 an la
berjalan berpimpingan tangan
bergurau senda

so sweet
bertuah jadi nenek itu
i'm totally loike it
epa harap suatu hari epa akan jadi macam mereka.
InsyaAllah..

boleh kea encik bakal suami menjadi romantik dan romantis sehingga akhir hayat???
(encik bakal suami adalah unknown..biarlah masa tentukannya..ahhaa)

(kalau rasa anda adalah encik bakal suami saya nanti silalah jawab dalam hati ya)


** berharap encik bakal suami nanti yang masih belum diketahui identitinya tidak jemu menyayangiku...bukan setakat cakap sahaja taw....bak kata omputih "actions speak louder than words".

** kagum jugak dengan emak dan abah.biarpun tak kaya harta tapi kaya dengan kasih sayang.lebih2 emak terror serba serbi...memasak menjahit menanam mengait membuat cross stich (tapi agak malang tiada anak yang mengikut jejak langkah..tapi akan pastikan before kahwin menuntut ilmu untuk menambat hati encik bakal suami)


** kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin tahniah ...yang dah kahwin tahniah..yang dah menambah ahli keluarga pun tahniah(baru sedar umur dah makin meningkat)

nota tambahan(lari dari topik):
yeah berjaya jogging early morning.
harap dapat maintain swim 1km per day.
alahai kene attend EDMAT plak.cam harem.
medan???apa cerita???jadi ke tak mahu melancong??
jumaat raya.alamat makan eskem haagen dazs la di hari raya.
result oh result.menggeletar memikirkan result.
jadual sem depan kene susun balik.
aku gumbira si gomez berjaya keluar dari kepompong itu.BERUSAHA cik gomez.!!!
sekarang mega sales.takde duet.ade sesape mahu sponsor??
adik aku tetibe kata sedih raya seorang diri.
memikirkan hadiah tuk dia.pening.
yeah esok off day.
esok rasa cam mahu melihat dunia.



abah ngan mak epa


dan
adakah mereka encik bakal suami????




papepun biarlah masa yang tentukan.
kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan.
kalau dah jodoh tetap jodoh.
kalau epa dah sayang akan kusayang sampai bebile.
=)

0 comments:

 
;