hari :isnin tarikh :21.12.2009 lokasi:amcorp mall,pusat sains negara damansara,balai seni lukis negara titiwangsa,klcc lakonan:otousan sebagai foreigner epa sebagai tukang alih bahasa nabihah sebagai dreber
sinopsis
otousan merupakan seorang tourist yang datang ke negara ini dari negara nun jauh di sana yang dikenali sebagai japang.ini bukanlah kali pertama otousan datang ke negara ini,Malaysia. biasanya ia ditemani oleh isterinya okaasan tapi okaasan akan tiba agak lewat sebulan darinya kerna ada masalah yang perlu diselesaikan dahulu oleh okaasan. setelah tiba di malaysia,otousan telah menalipon seorang kenalannya yang bernama epa.tapi kebetulan epa agak bz kerna terpaksa menghadiri edmat iaitu satu program kesedaran dan motivasi untuk pelajar kejuruteraan.setelah,abes program tersebut,epa pun akhirnya dapat berjumpa dengan otousan di amcorp mall.semasa berjumpa dengan otousan tersebut,otousan telah menyatakan hasratnya terhadap epa.epa cuak."camne ni???"penat epa berpikir...
akhirnya setelah pelbagai usaha epa lakukan akhirnya epa berjaya jugak menunaikan hasrat otousan.
iaitu tanggal 21.12.2009 epa akhirnya berjaya membawa otousan pergi ke balai seni lukis negara....
hahhahha..mula-mula sekali berterima kasih kepada cik nabihah kerna sanggup memandu dengan laju sang wira cbb epa....terima kasih bihah menjadi drebar...hahahha..terima kasih jugak kepada epa menjadi tukang alih bahasa antara otousan dan nabihah ...terima kasih juga jitten menjadi tukang alih bahasa antara aku dan otousan...
kami mula-mula pergi makan lunch di secret recipe amcorp mall kemudian kami pergi pusat sains negara akhirnya aku ngan nabihah berjaya menjejakkan kaki di pusat sains negara hahhaha kemudian kami pergi ke balai seni lukis negara.. ni pun aku ngan nabihah pertama kali jejak masuk rasa cam foreigner jek kemudian kami lepak2 di san Fransisco klcc kemudian shopping di isetan dan menghantar otousan pulang terima kasih kepada otousan kerna membelanja kami ... terima kasih =)
aku sebenarnya tak tahu la otousan tuh paham tak apa aku cakap...tapi cam paham jek...aku membelasah aje ape nak cakap...kalu asek angguk jek aku rase otousan paham la kot...hahhah aku mmg tak tahu pun nak cakap camne...hhahha..belasah jek la...sume perkataan keluar ..hahha
>>>>>>>>>>>gambar epa dan otousan
>>>>>>>>>>>>>> otousan,epa,bihah kat cermin magic..pelik gile
>>>>>>>>>>>>>>>otousan merangkap tourist..akhirnya berjaya sampai...
bulu kaki: ~kelas dah start ~epa jatuh cinta lagi =) ~epa rasa sangat bersemangat ~epa menyusun jadual dan strategi untuk 2010 ~epa gembira ~epa perlu muhasabah diri ~epa perlu berubah ~epa mesti membaca surat khabar ari2 supaya epa tahu perkembangan dunia ~sakit belakang epa semakin menjadi-jadi ~azam 2010 perlu ditunaikan ~saya mahu pulang ke kampung la..
kes 1 kejadian ini berlaku hari ini...aku mahu pulang dari mid valley..pulang dari kerja di haagen dazs...kebiasaanya aku menaiki bas T631 tapi hari ini perut aku meragam...terpaksalah aku menahan teksi..alhamdulillah hari ini tak ada orang tunggu teksi...kiranya bolehlah cepat aku sampai di um nanti...dengan semangat membara aku menunggu teksi dan akhirnya sebuah teksi berhenti didepanku..tapi tiba-tiba teksi tersebut terus mematikan enjin...pemandu teksi yang berbangsa I itu turun...lalu bertanya kepadaku..
pemandu teksi:adik nak pergi mana? aku:um pemandu teksi:pergi teksi di belakang aku:ok (aku dengan blur2 pergilah teksi kat belakang)
lalu aku bertanya aku:um boleh? pemandu teksi dibelakang berbangsa I juga:adik pergi teksi belakang...saya tak mahu ambil (aku pun pergi ke teksi dibelakang)
fuh leganya...dalam hati aku berkata..sebab aku lihat pemandu itu adalah wanita berbangsa M.pasti dia tak kisah nak hantar aku pulang..tapi sangkaan aku meleset aku:kak um boleh? pemandu wanita:kenapa dia tak mahu ambil?bukan turn diorang ke? aku:tak tahu kak.dia kata tak mahu ambil.dia suruh pergi ke belakang. pemandu wanita:pergi kat dia baliklah. aku:err...tapi saya dah pergi tadi... pemandu wanita:pergi je la...(dalam nada marah-marah)
semasa aku mahu pergi kembali ke teksi tersebut.ada seorang yang senasib denganku berkata. senasib:u diorang tak mahu gune meterla... oh baru lah aku tahu....pemandu teksi yang berbangsa I yang aku tanya mula-mula itu tidak mahu menggunakan meter.
sekali lagi aku mencuba nasib bertanya kepada pemandu teksi wanita tersebut tapi tidak dilayan. aku pasrah lalu mencuba teksi dibelakang teksi wanita tersebut. pakcik tua berbangsa M.dalam hati aku berharap pakcik ini tidak sama dengan mereka-mereka dihadapan.
aku:pak cik hantar saya kat um boleh? pakcik tua:Rm 20 . aku:apa?tak pe la... lalu aku terus pergi menunggu di tempat tunggu teksi di mana teksi berbangsa I tadi berhenti.lalu aku berjumpa dengan seorang kakak yang sedang menunggu teksi juga.... kakak:adik tunggu je teksi kat sini... aku:ye la kak...teksi kat belakang itu saya tanya nak Rm 20 ...saya nak balik um je..lagipun jam baru pukul 10.50 malam...kenapa dia caj saya mahal sangat? kakak:mahalnya adik...um kat belakang ni je...adik,tuh teksi ..cuba adik try... lalu aku pun pergi bertanya pada pemandu teksi yang kakak itu tunjukkan. pemandu teksi itu berbangsa I...
aku:um boleh? pemandu teksi itu:rm10 aku:kenapa tak mahu guna meter? pemandu teksi:sebab nanti balik tak ada orang. aku:bolehlah...(sebab aku harus mencari toilet secepat yang mungkin sebab itu aku setuju)
dalam teksi aku:kenapa u orang tak mahu gune meter? pemandu teksi:rugi la aiyooo...i masuk um ..mane ade orang...kalau i pergi town ade la orang... aku:u bukan semua orang kaya naik teksi tau..u kena consider la..kalau goverment suruh pakai meter ..pakailah... lepas itu aku terus diam sebab aku marah..marah dengan gelagat pemandu teksi ini.. dalam hati aku kalau aku lapor pada persatuan pengguna...baru padan muka pemandu-pemandu teksi ini...geramnya ...!!!
kes 2 kejadian ini berlaku semalam.seorang pelanggan berbangsa C menukar lampin anak dia di haagen dazs...langsung tak tahu malu...sedar tak kedai itu kedai makan...yang lagi melampau ketika anak dia berdiri anak dia terkencing di situ...kencing sambil berdiri..bayangkanlah kau tengah makan..pastuh ada orang kencing depan kau..apa kauorang rasa??? aku yang tengah settle kan payment dia terkejut...aku malas nak tegur famili itu takut malu..dan dengan harapan mak dia ambil kain lap kencing anak dia...tapi tetiba mak dia bangun terus blah je...biarkan air kencing anak dia bergelimpanga kat lantai itu..serius tak bertamadun langsung...tolonglah wahai manusia..aku memang kerja service crew...bukan service nak cuci air kencing anak kau..serius aku geli...geram lagi...
kes 3 ada seorang pelanggan berbangsa c ini kaki dia berdarah...lalu aku bagi la tissue lap kaki dia....lepas dia lap boleh plak dia letak tissue yang berdarah ini dalam mangkuk eskem yang dah siap dia makan..serius geli aku...darah ini bukan boleh buat main-main...mana r tahu kau tak sedar darah kau bawa penyakit berbahaya ke...tak pasal2 berjangkit kat aku...bukan kedai haagen dazs tak ada tong sampah..tak reti-reti buang kat tong sampah ke?tak ada kesedaran sivik langsung ...
kes 4 aku pantang bila pelanggan try askrim pastuh buang wooden spoon kat dipping aiskrim...muka cantik tapi buang sampah merata-rata..memang lah aku menggamuk..geram2...sebab menyusahkan aku nanti aku yang kene kutip...
logik sahaja ini..kalau korang tak boleh pikir jugak aku tak tahulah nak kata apa....
extra note : aku ke balai polis lagi. macam2 perkara sengal hari ini jadi. aku dah jumpa tempat nak beli buku yang aku suka dengan harga murah."black market". terima kasih gerakkan saya bangun ya :) esok mahu kua dengan otousan pergi jalan-jalan.
aku,okaasan,otousan
tapi pepagi bos besar mahu jumpa aku berkenaan kes hari ini. adoyai...esok sepatutnya cuti..silalah kasik can rehat.. kepala aku sangat sakit dan mahu pecah...
NOTA TAMBAHAN: aku rasa tidak mahu pakai broadband sudah dan rasanya sudah tetapkan hati.esok pergi maxis centre.aku pulangkan kembali broadband kau wahai maxis.(betul kea ni??) aku rasa hidup perlu di fix kan kembali. apa nak jadi jadi la. kembali membaca novel dan buku.merindui hobi yang bertahun ku tinggalkan. apalah guna year end sale tanpa duit :( i love carl junior. aku perlu hidup demi diri sendiri. kalau tak mahu tak pe. apabila didepan mata tak mahu hargai.apabila ia hilang baru terasa kehilangan.betul ke?
On the phone long, long distance, Always through such strong resistance, And first you say your to busy, I wonder if you even miss me. ~by cake (song:never there)