November 30, 2009

Surat rasmi kepada cintaku (yang bukan cintaku jangan baca)

Rujukan kami:EPA/CINTA001
Rujukan tuan:


1 DISEMBER 2009

Kepada

Sesiapa yang berkenaan

Tuan/Encik/Saudara

MEMOHON UNTUK MENGIKUT SEGALA ARAHAN YANG DILAMPIRKAN

Dengan segala hormatnya ,izinkan saya merujuk perkara diatas,saya NOOR FAZIERAH BINTI YAAKUB bernombor kad pengenalan 860714-**-**** ,Presiden Kelab Peminat No 1 Tuan/Encik/Saudara merangkap satu-satunya ahli kelab tersebut ingin memohon agar pihak Tuan/Encik/Saudara untuk mengikut segala arahan yang dilampirkan secara urutan dengan segera.

Arahan yang perlu diikuti segala urutan dengan segera adalah seperti berikut :

1.Sila berdiri.
2.Kemudian,sila berjalan kearah tempat anda menggantungkan atau menyimpan bingkai gambar pemberian Kelab Peminat.
3.Seterusnya ambil bingkai gambar tersebut.
4.Kemudian,sila buka penutup belakang bingkai gambar tersebut.
5.Akhir sekali,sila lihat apa yang Tuan/Encik/Saudara jumpai.

Bersama-sama dengan ini juga,pihak kelab ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-22 pada 1 Disember 2009 bersamaan hari Selasa.Pihak kelab juga ingin mengucapkan selamat berjaya di dalam peperiksaan pertengahan semester yang jatuh pada hari yang sama dengan hari ulangtahun kelahiran Tuan/Encik/Saudara.

Diharapkan pihak Tuan/Encik/Saudara dapat mengikuti segala arahan yang dilampirkan secara urutan dengan segera.Sebarang kemusykilan dan kekeliruan sila berhubung dengan pihak saya dengan segera.Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak Tuan/Encik/Saudara amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar,


.........................
(Noor Fazierah Yaakub)
Presiden
Kelab Peminat No 1 Tuan/Encik/Saudara
Malaysia.
(012-9******)


*********


epa ngan selamba menyanyikan lagu happy birthday
(^_^")V

3 comments:

messyremo said...

hehe...

selamat hari lahir Tuan Presiden...haha

SyakieraRusli said...

saye bkn peminat tuan presiden tapi mahu join club..bolekah?heehee ;P

effafazierah said...

omar...apesal ko gelak?hahaha


kiera ....hhahahah..itu kene tanya tuan itulah..setakat ini dia approve epa sowang jek..hahhaha

 
;