hari :isnin tarikh :21.12.2009 lokasi:amcorp mall,pusat sains negara damansara,balai seni lukis negara titiwangsa,klcc lakonan:otousan sebagai foreigner epa sebagai tukang alih bahasa nabihah sebagai dreber
sinopsis
otousan merupakan seorang tourist yang datang ke negara ini dari negara nun jauh di sana yang dikenali sebagai japang.ini bukanlah kali pertama otousan datang ke negara ini,Malaysia. biasanya ia ditemani oleh isterinya okaasan tapi okaasan akan tiba agak lewat sebulan darinya kerna ada masalah yang perlu diselesaikan dahulu oleh okaasan. setelah tiba di malaysia,otousan telah menalipon seorang kenalannya yang bernama epa.tapi kebetulan epa agak bz kerna terpaksa menghadiri edmat iaitu satu program kesedaran dan motivasi untuk pelajar kejuruteraan.setelah,abes program tersebut,epa pun akhirnya dapat berjumpa dengan otousan di amcorp mall.semasa berjumpa dengan otousan tersebut,otousan telah menyatakan hasratnya terhadap epa.epa cuak."camne ni???"penat epa berpikir...
akhirnya setelah pelbagai usaha epa lakukan akhirnya epa berjaya jugak menunaikan hasrat otousan.
iaitu tanggal 21.12.2009 epa akhirnya berjaya membawa otousan pergi ke balai seni lukis negara....
hahhahha..mula-mula sekali berterima kasih kepada cik nabihah kerna sanggup memandu dengan laju sang wira cbb epa....terima kasih bihah menjadi drebar...hahahha..terima kasih jugak kepada epa menjadi tukang alih bahasa antara otousan dan nabihah ...terima kasih juga jitten menjadi tukang alih bahasa antara aku dan otousan...
kami mula-mula pergi makan lunch di secret recipe amcorp mall kemudian kami pergi pusat sains negara akhirnya aku ngan nabihah berjaya menjejakkan kaki di pusat sains negara hahhaha kemudian kami pergi ke balai seni lukis negara.. ni pun aku ngan nabihah pertama kali jejak masuk rasa cam foreigner jek kemudian kami lepak2 di san Fransisco klcc kemudian shopping di isetan dan menghantar otousan pulang terima kasih kepada otousan kerna membelanja kami ... terima kasih =)
aku sebenarnya tak tahu la otousan tuh paham tak apa aku cakap...tapi cam paham jek...aku membelasah aje ape nak cakap...kalu asek angguk jek aku rase otousan paham la kot...hahhah aku mmg tak tahu pun nak cakap camne...hhahha..belasah jek la...sume perkataan keluar ..hahha
>>>>>>>>>>>gambar epa dan otousan
>>>>>>>>>>>>>> otousan,epa,bihah kat cermin magic..pelik gile
>>>>>>>>>>>>>>>otousan merangkap tourist..akhirnya berjaya sampai...
bulu kaki: ~kelas dah start ~epa jatuh cinta lagi =) ~epa rasa sangat bersemangat ~epa menyusun jadual dan strategi untuk 2010 ~epa gembira ~epa perlu muhasabah diri ~epa perlu berubah ~epa mesti membaca surat khabar ari2 supaya epa tahu perkembangan dunia ~sakit belakang epa semakin menjadi-jadi ~azam 2010 perlu ditunaikan ~saya mahu pulang ke kampung la..
kes 1 kejadian ini berlaku hari ini...aku mahu pulang dari mid valley..pulang dari kerja di haagen dazs...kebiasaanya aku menaiki bas T631 tapi hari ini perut aku meragam...terpaksalah aku menahan teksi..alhamdulillah hari ini tak ada orang tunggu teksi...kiranya bolehlah cepat aku sampai di um nanti...dengan semangat membara aku menunggu teksi dan akhirnya sebuah teksi berhenti didepanku..tapi tiba-tiba teksi tersebut terus mematikan enjin...pemandu teksi yang berbangsa I itu turun...lalu bertanya kepadaku..
pemandu teksi:adik nak pergi mana? aku:um pemandu teksi:pergi teksi di belakang aku:ok (aku dengan blur2 pergilah teksi kat belakang)
lalu aku bertanya aku:um boleh? pemandu teksi dibelakang berbangsa I juga:adik pergi teksi belakang...saya tak mahu ambil (aku pun pergi ke teksi dibelakang)
fuh leganya...dalam hati aku berkata..sebab aku lihat pemandu itu adalah wanita berbangsa M.pasti dia tak kisah nak hantar aku pulang..tapi sangkaan aku meleset aku:kak um boleh? pemandu wanita:kenapa dia tak mahu ambil?bukan turn diorang ke? aku:tak tahu kak.dia kata tak mahu ambil.dia suruh pergi ke belakang. pemandu wanita:pergi kat dia baliklah. aku:err...tapi saya dah pergi tadi... pemandu wanita:pergi je la...(dalam nada marah-marah)
semasa aku mahu pergi kembali ke teksi tersebut.ada seorang yang senasib denganku berkata. senasib:u diorang tak mahu gune meterla... oh baru lah aku tahu....pemandu teksi yang berbangsa I yang aku tanya mula-mula itu tidak mahu menggunakan meter.
sekali lagi aku mencuba nasib bertanya kepada pemandu teksi wanita tersebut tapi tidak dilayan. aku pasrah lalu mencuba teksi dibelakang teksi wanita tersebut. pakcik tua berbangsa M.dalam hati aku berharap pakcik ini tidak sama dengan mereka-mereka dihadapan.
aku:pak cik hantar saya kat um boleh? pakcik tua:Rm 20 . aku:apa?tak pe la... lalu aku terus pergi menunggu di tempat tunggu teksi di mana teksi berbangsa I tadi berhenti.lalu aku berjumpa dengan seorang kakak yang sedang menunggu teksi juga.... kakak:adik tunggu je teksi kat sini... aku:ye la kak...teksi kat belakang itu saya tanya nak Rm 20 ...saya nak balik um je..lagipun jam baru pukul 10.50 malam...kenapa dia caj saya mahal sangat? kakak:mahalnya adik...um kat belakang ni je...adik,tuh teksi ..cuba adik try... lalu aku pun pergi bertanya pada pemandu teksi yang kakak itu tunjukkan. pemandu teksi itu berbangsa I...
aku:um boleh? pemandu teksi itu:rm10 aku:kenapa tak mahu guna meter? pemandu teksi:sebab nanti balik tak ada orang. aku:bolehlah...(sebab aku harus mencari toilet secepat yang mungkin sebab itu aku setuju)
dalam teksi aku:kenapa u orang tak mahu gune meter? pemandu teksi:rugi la aiyooo...i masuk um ..mane ade orang...kalau i pergi town ade la orang... aku:u bukan semua orang kaya naik teksi tau..u kena consider la..kalau goverment suruh pakai meter ..pakailah... lepas itu aku terus diam sebab aku marah..marah dengan gelagat pemandu teksi ini.. dalam hati aku kalau aku lapor pada persatuan pengguna...baru padan muka pemandu-pemandu teksi ini...geramnya ...!!!
kes 2 kejadian ini berlaku semalam.seorang pelanggan berbangsa C menukar lampin anak dia di haagen dazs...langsung tak tahu malu...sedar tak kedai itu kedai makan...yang lagi melampau ketika anak dia berdiri anak dia terkencing di situ...kencing sambil berdiri..bayangkanlah kau tengah makan..pastuh ada orang kencing depan kau..apa kauorang rasa??? aku yang tengah settle kan payment dia terkejut...aku malas nak tegur famili itu takut malu..dan dengan harapan mak dia ambil kain lap kencing anak dia...tapi tetiba mak dia bangun terus blah je...biarkan air kencing anak dia bergelimpanga kat lantai itu..serius tak bertamadun langsung...tolonglah wahai manusia..aku memang kerja service crew...bukan service nak cuci air kencing anak kau..serius aku geli...geram lagi...
kes 3 ada seorang pelanggan berbangsa c ini kaki dia berdarah...lalu aku bagi la tissue lap kaki dia....lepas dia lap boleh plak dia letak tissue yang berdarah ini dalam mangkuk eskem yang dah siap dia makan..serius geli aku...darah ini bukan boleh buat main-main...mana r tahu kau tak sedar darah kau bawa penyakit berbahaya ke...tak pasal2 berjangkit kat aku...bukan kedai haagen dazs tak ada tong sampah..tak reti-reti buang kat tong sampah ke?tak ada kesedaran sivik langsung ...
kes 4 aku pantang bila pelanggan try askrim pastuh buang wooden spoon kat dipping aiskrim...muka cantik tapi buang sampah merata-rata..memang lah aku menggamuk..geram2...sebab menyusahkan aku nanti aku yang kene kutip...
logik sahaja ini..kalau korang tak boleh pikir jugak aku tak tahulah nak kata apa....
extra note : aku ke balai polis lagi. macam2 perkara sengal hari ini jadi. aku dah jumpa tempat nak beli buku yang aku suka dengan harga murah."black market". terima kasih gerakkan saya bangun ya :) esok mahu kua dengan otousan pergi jalan-jalan.
aku,okaasan,otousan
tapi pepagi bos besar mahu jumpa aku berkenaan kes hari ini. adoyai...esok sepatutnya cuti..silalah kasik can rehat.. kepala aku sangat sakit dan mahu pecah...
NOTA TAMBAHAN: aku rasa tidak mahu pakai broadband sudah dan rasanya sudah tetapkan hati.esok pergi maxis centre.aku pulangkan kembali broadband kau wahai maxis.(betul kea ni??) aku rasa hidup perlu di fix kan kembali. apa nak jadi jadi la. kembali membaca novel dan buku.merindui hobi yang bertahun ku tinggalkan. apalah guna year end sale tanpa duit :( i love carl junior. aku perlu hidup demi diri sendiri. kalau tak mahu tak pe. apabila didepan mata tak mahu hargai.apabila ia hilang baru terasa kehilangan.betul ke?
On the phone long, long distance, Always through such strong resistance, And first you say your to busy, I wonder if you even miss me. ~by cake (song:never there)
MEMOHON UNTUK MENGIKUT SEGALA ARAHAN YANG DILAMPIRKAN
Dengan segala hormatnya ,izinkan saya merujuk perkara diatas,saya NOOR FAZIERAH BINTI YAAKUB bernombor kad pengenalan 860714-**-**** ,Presiden Kelab Peminat No 1 Tuan/Encik/Saudara merangkap satu-satunya ahli kelab tersebut ingin memohon agar pihak Tuan/Encik/Saudara untuk mengikut segala arahan yang dilampirkan secara urutan dengan segera.
Arahan yang perlu diikuti segala urutan dengan segera adalah seperti berikut :
1.Sila berdiri. 2.Kemudian,sila berjalan kearah tempat anda menggantungkan atau menyimpan bingkai gambar pemberian Kelab Peminat. 3.Seterusnya ambil bingkai gambar tersebut. 4.Kemudian,sila buka penutup belakang bingkai gambar tersebut. 5.Akhir sekali,sila lihat apa yang Tuan/Encik/Saudara jumpai.
Bersama-sama dengan ini juga,pihak kelab ingin mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-22 pada 1 Disember 2009 bersamaan hari Selasa.Pihak kelab juga ingin mengucapkan selamat berjaya di dalam peperiksaan pertengahan semester yang jatuh pada hari yang sama dengan hari ulangtahun kelahiran Tuan/Encik/Saudara.
Diharapkan pihak Tuan/Encik/Saudara dapat mengikuti segala arahan yang dilampirkan secara urutan dengan segera.Sebarang kemusykilan dan kekeliruan sila berhubung dengan pihak saya dengan segera.Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak Tuan/Encik/Saudara amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
Yang Benar,
......................... (Noor Fazierah Yaakub) Presiden Kelab Peminat No 1 Tuan/Encik/Saudara Malaysia. (012-9******)
*********
epa ngan selamba menyanyikan lagu happy birthday (^_^")V
cuti menjelma satu je perkataan menggambarkan cuti bosan sila start sekolah balik saya mahu g sekolah hahhahaha padahal bila dah start sekolah huhuhuhu malasnya g kelas silalah cuti kekadang sampai sanggup menjadi pelakon di depan doktor2 semata-mata mahu cuti free biasalah manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang ada
hari ini aku kerja cam biasa kat haagen dazs mid valley dan satu perkara menarik perhatian aku melihat pak cik dan mak cik yang aku layak panggil mereka nenek ngan datuk mesra dating bersama wow romantik dan romantis kagum!!!!!!! ini kira kali kedua aku lihat pasangan datuk nenek yang betul2 romantik kali pertama ada pasangan datuk dan nenek itu mengambil angin malam menaiki basikal bersama-sama datuk menunggang basikal dan nenek itu membonceng di belakang aku nampak kat ss2 waktu ngah makan dan ini kali kedua jarang aku dapat lihat hubungan yang betul-betul mesra camni walaupun dah dimamah usia epa cemburu ????mestilah... lumrah manusia mahu disayangi dan menyayangi hingga akhir hayat wow... bila epa berbicara bab sayang dan cinta... ok epa mmg kasar tapi hati still perempuan... hahaha... jangan salahkan epa sebab dilahirkan ngan hati yang lembut walaupun luaran agak kasar..
honestly aku pun harap yang sama.. aku mahu menyayangi encik bakal suami sampai bebila aku mahu pastikan perutnya boroi,kepala beruban,berkaki tiga pun aku tetap sayang dia tapi ini bergantung pada bakal encik suami juga kalau dia separuh jalan je sayang aku tak guna juga jadi kepada encik bakal suami sayanglah cik epa ini sepenuh hati ye jangan membuat sesuatu yang melukakan ok epa sensitif senang maafkan orang tapi kalu dah terluka sampai bebila pun kekal dalam ingatan
aku tak mahu la jadi cam trend sekarang ni kawin setahun cerai berai lepas tuh bila dah cerai mencanang segala yg tak baik please simpang 44 hahahha.. boleh pula cita pasal kawin ni padahal i need spend another 1 year in university to finish my degreeso pasal kawin ni agak lama lagi la tak termasuk dalam rancangan jangka pendek epa yerk cuma rasa kagum terhadap pasangan itu membuatkan saya bercerita pasal kawin umur pasangan itu dalam 80-70 an la berjalan berpimpingan tangan bergurau senda so sweet bertuah jadi nenek itu i'm totally loike it epa harap suatu hari epa akan jadi macam mereka. InsyaAllah.. boleh kea encik bakal suami menjadi romantik dan romantis sehingga akhir hayat??? (encik bakal suami adalah unknown..biarlah masa tentukannya..ahhaa) (kalau rasa anda adalah encik bakal suami saya nanti silalah jawab dalam hati ya)
** berharap encik bakal suami nanti yang masih belum diketahui identitinya tidak jemu menyayangiku...bukan setakat cakap sahaja taw....bak kata omputih "actions speak louder than words".
** kagum jugak dengan emak dan abah.biarpun tak kaya harta tapi kaya dengan kasih sayang.lebih2 emak terror serba serbi...memasak menjahit menanam mengait membuat cross stich (tapi agak malang tiada anak yang mengikut jejak langkah..tapi akan pastikan before kahwin menuntut ilmu untuk menambat hati encik bakal suami)
** kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin tahniah ...yang dah kahwin tahniah..yang dah menambah ahli keluarga pun tahniah(baru sedar umur dah makin meningkat)
nota tambahan(lari dari topik): yeah berjaya jogging early morning. harap dapat maintain swim 1km per day. alahai kene attend EDMAT plak.cam harem. medan???apa cerita???jadi ke tak mahu melancong?? jumaat raya.alamat makan eskem haagen dazs la di hari raya. result oh result.menggeletar memikirkan result. jadual sem depan kene susun balik. aku gumbira si gomez berjaya keluar dari kepompong itu.BERUSAHA cik gomez.!!! sekarang mega sales.takde duet.ade sesape mahu sponsor?? adik aku tetibe kata sedih raya seorang diri. memikirkan hadiah tuk dia.pening. yeah esok off day. esok rasa cam mahu melihat dunia.
abah ngan mak epa
dan adakah mereka encik bakal suami????
papepun biarlah masa yang tentukan. kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan. kalau dah jodoh tetap jodoh. kalau epa dah sayang akan kusayang sampai bebile. =)
angan-angan saja tidak akan kemana bekerja untuk itu supaya segala impian akan direalisasikan ditambah dengan doa dan keberkatan dari Allah s.w.t
nota tambahan: mengapa aku asyik alpa? staying alone is not bad. swimming i love it. huh...bila nak start jogging in the early morning. saya mula ber"baito" kembali.penat.!! sesiapa nak belanja saya slimming world sila kontek saya.hahah. desperately nak kurus. dah lama tak jalan2 kat shopping mall. nak holiday di medan.jadi ke tak ni??? camne nak susun jadual next sem ni??pening-pening. before exam 緊張 ngah exam 緊張 tunggu result exam 緊張!!!!huhuh.. mak abah nak hantar kereta balik rumah la...tapi takde masa..nak jalan kaki jek..lagi senang :) nak gapai impian saya dengan bergaya.Ameen. ok mahu g keje.jum jalan kaki. papai.
terima kasih terima kasih kerana bagi aku lahir kedunia ini terima kasih kerana ada abah yang serius yang selalu mengutamakan anak-anaknya dari diri sendiri terima kasih kerana ada mak yang memahami yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari yang membesarkan aku yang tidak kenal penat lelah untuk mencari duit yang selalu menjahit segala pakaianku dari baju kurung ,baju kurung dan baju dinner yang selalu mendengar masalah aku yang menasihat aku supaya belajar tekun sikit terima kasih kerana ada along yang selalu bagi aku duit walaupun dah ada famili sendiri terima kasih kakak ipar aku sebab bagi aku basuh baju yang banyak sekali kat rumah kamu terima kasih bagi saya angah yang kelakar yang tidak banyak cakap membantu apabila perlu terima kasih kerna aku ada adik-adik yang selalu bergaduh sesama mereka yang selalu membuat aku sakit kepala yang selalu menyepahkan rumah yang selalu menyebabkan aku naik angin terima kasih kerana bagi aku anak saudara yang comel yang membuatkan aku nak ada anak secomel itu terima kasih sebab tanpa mereka siapalah aku terima kasih kerana mereka menerima aku yang suka bercakap dengan kuat tidak suka basuh pinggan suka makan dan sangat sensitif terima kasih segalanya
terima kasih sebab sehingga kini aku masih hidup dapat hirup udara segar terima kasih sehingga ari ini aku dapat belajar apa erti sebuah kehidupan terima kasih kerana aku tahu apa erti sebuah kejayaan sungguh gembira apabila berjaya dah semua orang yang berada disekeliling menghargai kita terima kasih juga kepada kegagalan kerana kita tahu siapa kawan siapa lawan terima kasih kepada tohmahan terima kasih kepada pujian-pujian tanpa mereka siapalah saya terima kasih segalanya
terima kasih kawan-kawan apabila susah kamu membantu apabila saya blur kamu memahami apabila saya sedih kamu ceriakan terima kasih kamu membelanja aku terima kasih sambut birthday aku terima kasih bagi aku sokongan terima kasih kalau aku bosan ajak aku pergi keluar terima kasih mendengar lawak bodoh aku yang tak seberapa terima kasih bagi aku tiru kerja sekolah terima kasih ajar aku apa yang aku tidak faham terima kasih segalanya
terima kasih pelakon-pelakon perempuan yang cantik membuatkan aku jealous dan aku ingin kelihatan cantik dan kurus terima kasih kepada pelakon-pelakon yang hensem membuatkan jiwa aku gembira melihat kamu yang hensem terima kasih cerita kartun membuatkan aku gelak tanpa henti terima kasih tukang gunting rambut yang selalu memotong rambut aku dengan cantik sekali terima kasih kerana ada majalah-majalah terutama majalah fesyen terima kasih kerana ada laptop pemberian abah aku dapat bermain fesbuk saban hari membuat assignment dengan senang pendek kata tidak aku susah payah mengcopy paste kerja sekolah terima kasih sebab senang juga aku meng skype oranng tersayang terima kasih doktor bahu dan doktor gigi terima akak phisioterapi terima kasih segalanya
terima kasih cikgu-cikgu ajar aku membaca menulis mengira membuat matematik tambahan ,fisik dan segala subjek aku belajar terima kasih kerana marah aku terima kasih kerna denda aku rotan aku suruh aku ketuk ketampi berantai koyak buku sekolah aku tengking aku halau aku dari kelas hantar surat peringatan kat mak aku sebab aku ponteng sekolah terima kasih cikgu sudi mendengar masalah saya terima kasih juga cikgu kerana sebab cikgu-cikgu sekalian saya berada di universiti terima kasih juga kepada cikgu yang mengajar bahasa asing kepada saya walaupun saya tak terror sekurangnya saya boleh berlagak sikit camne nak tanya kat mane toilet dalam bahasa asing itu... terima kasih segalanya
terima kasih syarikat yang pernah jadi tempat kerjaku sinma banyak ubah aku menjadi seorang perempuan ajar aku bagaimana nak make -up bagaimana nak buat rambut terima kasih ajar aku bahawa semua perempuan adalah cantik sushi king bagi aku peluang camne kerja ngan manager yang tak peduli kebajikan pekerja terima kasih bagi aku peluang itu haagen dasz tempat yang aku bertahan lama 2 tahun terima kasih kerana memahami aku sebagai seorang pelajar yang membuat kerja sambilan bagi aku makan ice cream bagi aku peluang kerja dengan mereka yang menyeronokkan menjaga kebajikan aku belanja aku makan bagi aku duit tambang untuk pulang terima kasih tempat praktikalku yang bagi aku lulus yang bagi aku pengalaman outstation yang bagi aku paham erti sebuah landfill yang bagi aku paham apa itu sampah yang bagi aku paham erti busan di pejabat terima kasih segalanya
terima kasih cinta membuatkan saya dicintai dan mencintai membuat saya ketawa membuatkan saya rasa bahagia pernah membuat saya menangis pernah membuat saya rasa bimbang pernah membuat saya jealous pernah membuat saya putus harapan pernah membuatkan saya jiwa kacau pernah membuat saya rasa tertekan pernah membuat saya serabut dan sentiasa memanggil saya serabut membuat saya rasa tergugat memberi saya pelbagai hadiah dan kenangan terima kasih kerana selalu menasihati terima kasih kerana memarahi saya terima kasih kerana mengambil berat terima kasih segalanya
terima kasih kucingku, pungut kerana kau selalu dijanjikan tempat aku luahkan perasaanku bila mak ngan abah marah aku cubit pipi kau pungut tanda aku geram dan bengang terima kasih sebab selalu bermain dengan aku terima kasih sebab kau lahirkan banyak anak-anak kau terima kasih jugak sebab anak-anak,cucu dan piat kau selalu berak dan muntah merata dalam rumah aku dan aku lah yang dipaksa membersihkannya terima kasih kepada pengalaman itu terima kasih kepada teddy bear aku, gemuk dan geng-gengnya terima kasih sebab kau menjadi teman aku tidur sepanjang hayat kau walaupun badan kau dah koyak aku jahit dan kau koyak kembali tapi aku tetap gembira sekurang-kurangnya aku ada teddy bear terima kasih segalanya terima kasih kereta bapaku yang kupinjam,cbb walaupun kau selalu rosak abiskan duit aku yang banyak tapi terima kasih aku dah tahu camne rupa enjin kalau rosak kereta siapa aku kene call aku tahu camne nak tukar tayar kereta terima kasih segalanya terima kasih gitarku,browny walaupun aku tak terror main jarang petik kau tapi aku gembira sekurang-kurangnya satu hari nanti aku nak belajar main gitar sampai aku terror terima kasih segalanya
terima kasih kepada kau juga pembaca blog aku walaupun panjang kau tetap nak baca juga kalau ikut hati aku nak tulis panjang lagi tapi orang kata jangan ikut kata hati nanti mati so aku berhenti sampai sini dulu la lagipun dah pukul 4 pagi sudah esok aku kerja nanti tiada semangat untuk kerja kalau nak ucap terima kasih kepada semua dan apa yang berlaku sepanjang 23 tahun ini aku rasa ini belum cukup tapi biarlah sekurangnya aku mahu semua orang disekeliling aku tahu aku menghargai sekali lagi terima kasih teriima kasih segalanya terima kasih
sis in law ,norhaslida, my bro,badlee hisyam and my nephew,ammar
my dad,encik yaakub,my mom,puan rusminah and my nephew,ammar
ammar, aunty wishing u
happy birthday ammar danish bin badlee hisyam
my nephew
love u dear
extra note: tomorrow my last paper,wish me luck ya . my backache is come again. pain killer, my only hero who can save me at this moment. only Allah knows y. sharing is caring .if u dun share,its means u didn't care.do you ???. just finished reading Malay novel.natsukashi!!!! "badan bengkak gara-gara si nyamuk".
A tool used to identify the impacts of our life prior to decision making.It aims to predict all the impacts at any early stage in project or activity,find ways and means to reduce adverse impacts,shape the activity or project to suit with our own condition.
EIA is one of my compulsory subject that I learned and today I'll take this subject's examination. If I apply the EIA concept in my life, (I named it LIFE IMPACT ASSESMENT) absolutely, I'll get better life for my future and my next generation's future.
extra note: pray for me. hope I do not do such a foolish mistake again. Where have you been?I've looked for you. I wanna say to unconsidered person:"orang tamak selalu rugi".
Hope Allah s.w.t give me what the best for me. Amin
extra note : having a sleep disorder. today, my unlucky day. fell down in front of toilet. envy to them. why always being a "loser" and not a "winner"??. i extremely gained my weight due to high level of depression. tomorrow my EIA examination.
today daku kurang mood sikit nak study lalu daku membelek segala gambar lama...tetibe datang idea untuk membuat video...video ni daku dah postkan kat fesbuk tapi daku postkan juga disini..buat tatapan kawan-kawan daku....espesially yang takde fesbuk...dan yang tak boleh di tag di fesbuk
Aisyah Ramly , Amri Arifin , Nur Fahmi Azami , Chong Chuang Chia , Nurulhayati Ramli, Nadhirah Tamizai, Nurashikin Amir Hamzah, Nur Munirah Noorafendi , Tong Koh Wei, Swee Meng, Nurul Nabihah , Mohd Azmi Mohd Shari, Khairul Asyraf Yusof , Nur Shahirah Muhamad Arifin, Gunalan Sahadevan, Haryanti Hassan, Jimi Èn Hazmi , Jai Ganesh Nammbhiar, Kathleen Por Chhe Ern , Ganesa Nambiar, Weishan Chua , Muhammad Fahmi Idris, Darren Yan , QiLa Gomez , Rexology Rex,Maryam Kamel Ariffin,Ijat
papepun good luck kengkawan..study molek-molek..love u all
nota tambahan: >>>>>>fesbuk memang mengsibukkan aku mereply komen-komen kawan-kawan..mengstalker orang dan etc...fesbuk tidak bagus buat aku pada masa ini...aku rase hampir alpa >>>>>>semoga kamu cepat baik dari demam..saya risau taw...saya mahu lihat kamu tersenyum..suke >>>>>>arini aku rasa cikgu aku sangat comel...sbb pagi-pagi lagi dia telefon aku kata dia tak dapat jumpa aku harini sbb spek mata dia hilang..sewaktu sedang call aku itu dia tengah pergi mencari spek matanya di sekolah anak dia....hahhaahahha..comel-comel...tengah hari pula dia telefon aku kata dia dah jumpa spek mata dia..hahahha..saya sangat suke cekgu itu
ok sekarang saya mahu tekadkan diri untuk study ..nyah kau fesbuk dari sini... high red alarm warning is activated !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
amaran keras: post ini tidak sesuai kepada semua lapisan masyarakat kerana post ini terlalu berbunga-bunga. rockstar,gangster dan seumpama dengannya adalah dilarang keras membaca post ini.
sekarang musim peperiksaan... semua orang belajar.... begitu juga saya... sungguh kuat saya belajar... pencemaran bunyi... pencemaran udara.. matematik kejuruteraan 1... kejuruteraan geoteknikal.. pengurusan sisa pepejal.. penilaian impak alam sekitar... (agak aneh bunyi perkataan-perkataan jika saya menterjemahkannya dalam bahasa melayu..sungguh asing kedengaran..maaf saya sudah biasa mendengar perkataan-perkataan ini dalam bahasa penjajah) walau bagaimana kuat saya belajar... sukar sekali saya untuk memahami segala-galanya... kadangkala saya hampir menyerah kalah...
tapi
nasib baik ada dia dia banyak memberi semangat kepadaku sungguh sungguh bertuah saya ada dia setakat ini dia paling memahami dan dialah yang saya paling sayang ehem..dia pacarmu? ya dia pacarku... kamu sayang dia...?? saya pasti saya sayang dia... dia saja dimataku... kenapa kamu sayang dia...?? sejujurnya perkara ini sangat subjektif... sukar mahu aku luahkan dengan kata-kata... tapi dengar suaranya saja mampu membuatkan aku gembira... bila tidak dengar tak senang hati rasanya... bermacam-macam soalan aku fikirkan... sihatkah dia? dah makan ke belum? dan bermacam-macam lagi... apatah lagi jika tidak berjumpa..
kami berbeza... segala-gala berbeza... tapi terima kasih kerana menerima... aku gemuk.. kamu terima.. tapi aku tahu di sudut hati kamu.. kamu suka yang kurus... aku hitam.. kamu terima... tapi aku tahu citarasa kamu.... kamu suka putih melepak... aku kasar... kamu terima... tapi aku tahu... sudah pasti kamu suka yang ayu... lembah lembut... maaf aku tidak seperti mereka... cantik... baik... malah .. aku ada bermacam-macam sikap dan telatah yang memerlukan kesabaran namun kau sedar aku tetap aku dan kau tetap bersabar terima kasih sayang terima kasih juga kerana memberikan sokongan...
kan saya dah kata hanya dia dimataku (sila klik pada gambar untuk melihat siapakah dia dimataku dengan lebih jelas..)
sepah..celaru..serabut.. hahhaha meja study aku merangkap tempat tido aku
exam mode activated but its react too slow hati kata belajar epa go..go...!!! tapi connection between hati and kepala otak asek pending.. tak dapat nak tafsir... tak taw kenapa nak kata pakai broadband connection antara hati dan otak pakai fix line mungkin connection tak cukup kuat gamaknya sila..sila..hembuskan nafas semangat kepadaku.. kurang semangat tahu study penting tapi tetap malas... aishhh
dalam kesibukan daku mengstudy weekkan diri sempat jugak aku meronggengkan diri bersama kakak ipar aku dan adik aku... kak ida along n no bolehlah aku kurangkan tekanan sikit.. hahaha
relax..relax...
yeah ....melompat lebih tinggi... kakak ipar daku n adekku..
sila-sila study epa... memberi semangat tuk diri sendiri study sambil dengar lagu ni... barulah ada booster sikit... lagu ini agak bersifat retro sikit la..
bebelan emak harapan abah desakan waktu kesenyapan dia menghimpit pikiranku formula berganda-ganda lagi menyesakkan setiap bait nota cikgu-cikgu menambahkan tahap kesesakan fikiran buntu bilakah kadar kesesakan ini akan berkurang?
seribu satu macam hendak kuluahkan hendak kusampaikan hendak ku ceritakan tapi hampa mulut semakin membisu membisu kerna segan ku sedari ia semakin jauh dan menjauh kumencari mana silapnya tapi ia seakan-akan tiada jawapan sekali lagi muncul di benakku adakah aku perlu angkat kaki dan pergi???
p.s :gud luck 4 my sis,maznah ..hope that u'll be success in Beijing
aku sedih 1 . sebab kehidupan aku kembali seperti sediakala...tiada lagi melepak di mcd..membuang masa di kedai game...tiada lagi menonton wayang....sekarang, hanyalah belajar ..kerja...dan duduk di bilik sehingga berkulat 2 . dia sudah pulang...tiada lagi ku dapat lihat gelak ketawa secara live (T..T") 3 . dah takda orang boleh menasihati aku secara live...lepas ni lantak pi la hang epa
aku gumbira 1. aku rasa aku makin dihargai 2. setelah aku pikir apakah hadiah yang aku nk bagi dia, akhirnya aku berjaya menyiapkan hadiah tersebut.aku hanya bagi frame gambar berdialog kami berdua.dimana aku tulis dialog kebiasaan kami disitu... 3. sbb aku boleh lah menyusun kembali jadual aku yang agak kucar kacir kebelakangan ini..... 4. sbb membaca blog kawan karibku
sepurnama blogspot ini tidak kusentuh semuanya gara-gara tanggungjawabku semakin bertambah tanggungjawabku kepada nenek kebayanku bukanlah aku menyalahkannya tapi aku lagi gembira setiap saat setiap detik masa aku dihabiskan dengannya (aku sentiasa gembira dan senyum memikirkannya)
masa yang dilalui ku rasa sangat pantas bersama nenek kebayan sedih memikirkan itu tapi kucuba letakkan kepalaku dalam fikiran positif kepala sila bersikap positif tau kataku dengan tegas walaupun ada secalit rasa negatif itu
disitu ku bermain polis tan three bersama nenek kebayan dan masjid putrajaya itu menjadi saksi
dalam fikiran yang kuchalana memikirkan masa yang semakin singkat bersama nenek kebayan ada kegumbiraan yang kukecapi menyambut raya bersama famili dan menyambut ulangtahun kelahiran omar yang ke 23
2 syawal bersamaan 21 .9.2009 ulangtahun itu ku sambut bersama sahabatku itu lebih kurang kul 11 malam tanpa sebarang persediaan ku gagahkan juga mencari bakery yang buka untuk menyambut ulangtahun kelahirannya yang hampir kulupai namun tiada bakery yang buka(padahal aku tahu tiada bakery yang buka...tengok jam la pukul berapa beb) lalu kulihat hanya pasaraya giant yang singgah kat mata aku lalu kucarilah apa aja yang mampu ku capai untuk celebrate bufdaynya akhirnya aku mencapai
semuanya cap giant..maap yerk...=p akhirnya malam itu aku dapat mencelebrate bufday sahabatku itu hahahhaha aku harap kau akan ingat sampai bila-bila wahai omar bin mohd alias happy bufday omar...
p/s: aku gembira mendengar kisah cinta si bk dan omar . aku doakan kalian bahagia p/s : aku rindukan nenek kebayanku...nenek kebayan cepatlah pulang dari rumah sanak saudaramu ...aku mahu lihat senyumanmu...
adakah senyuman ini yang kudambakan???
atau yang ini????
walau bagaimanapun senyuman itu aku pasti senyuman itu pasti akan menenangkan jiwaku dan aku pasti akan tersenyum dan terus tersenyum
hari: isnin (pepagi g keje,then g lab then,tido then,merepek-repek sehingga kini) mood:bahagia(hahahhaa) cuaca:gelap tapi tiada hujan sbb hari sedang malam
salam al mubarak buat semua... epa lama tak mengupdate blog..sbb epa asek demam aje..bukan demam h1n1 taw..bese jek..hahahha...
baru abes cuti mid sem...n after abes cuti ..baru sedar act 4th year student takde cuti mid sem pun..hahhaha...naseb naseb...sume budak balik umah..lambat sangat department ni kuarkan notis..sampai sume orang tak taw ade kelas..=p kamil balik sampai acheh..yang len sunuk duk kat rumah..heheheh....apepun dah pun selamat kami sume bercuti..kepada lecturer..mohon ampun dipinta..=p
cuti..erm..best gak la..sbb kitaowang(8 dari kami) g melancong kat ipoh-cameron-ipoh.tapi act lagi best kalu sume orang dapat menyertai...the more the merrier apepun even 8 orang jek pun kira best la jugak...next year reunion sume wajib g taw...yang dah keje silalah apply cuti awal2...agenda kami adalah jalan2 carik makan..terlampau banyak makan sampai berat badan menaek tanpa had...hahhaah...tapi xpe sekarang bulan pose..sambil beribadah boley jugak mengurangkan berat badan...
di gua tempurung (kath,meng,ijat,wei kiat,wei shan,rex,fahmi,epa)
kellie's castle
laki-laki at lost world of tambun
4 pompuan cantik di lost world of tambun
ladang teh boh
makan masakan kampung (5 star)
cendol dan rojak tepi jalan(cendol 3 star,rojak 4 star)
assam house (5 star)
masakan kath n ijat (4 star)
medan selera tanah rata(xdew star)
dessert kat strawberry farm(4 star)
dessert n tea kat ladang boh (3 star)
mee rebus ramli (5 star)
white coffe original ipoh mali (5 star)
lebah di honey bee farm
semasa cuti jugak abang epa,angah dioperate doktor kat johor sbb hernia..act first time gak la dengar penyakit ni..so epa search internet la pasal penyakit ni..tanya mr google...then ini yang epa jumpa pasal hernia (wikipedia)(sila tekan ya)..oleh sebab mak abah keje ..takde sape nk jaga angah so angah akan dijaga oleh wan di kajang..so,bile ade masa lapang epa akan g lawat angah ya..tapi skang ngah bz sikit....esok pepagi epa pasti g lawat angah taw..=p
p/s : banyak test yang menanti p/s/s : mak call sbb aku dapat surat cinta dari dekan lagi..dekan oh dekan sayang saya tak sayang kamu silalah stop tulis surat cinta..saya tak ingin kamu.. p/s/s/s: bebudak(lab) ni bikin gua panas jek p/s/s/s/s: gambar yang ditangkap bukan hasil kerja epa yek p/s/s/s/s/s : thanks for the attention