November 8, 2010 0 comments

demikamufuture

launching a new blog spot just for him..
no...I'm not crazy bout him..
just thought to be different than usual..
and just promised him that
"epa tak mahu jumpa awak selagi epa tak dapat berat badan yang epa idamkan"
sound crazy it is??

i believed
"If we are fated
, we will be together.. no matter what we have to encounter in the future"

my new blog details

name:demi kamu future.
privacy:private

P/s:i change to a new layout ..i love it..cute and quite kiddo

October 23, 2010 0 comments

in relationship with

di suatu petang yang damai ...tiba-tiba...

a:awak saya nak minta sesuatu
b:nak minta ape?cakap la
a:tapi saya segan
b:(gelak)..awak nak minta ape?
a:segan ...erm tak jadilah ...
b:cakap jek la
a:nnt la bagi saya setengah jam tuk berfikir ..
b:(gelak lagi) ada beza ke awak bagi tahu sekarang atau nnt?
a:awak janji jangan gelak tau..
b:ok janji..
a:awak jum kita letak in relationship kat facebook..
b:(gelak makin kuat)
a:tadi awak janji tak mahu gelak (terus bermasam muka)
b:tak payah la...buat apa nak letak ?
a: (terus bermasam muka)saje je..kicik hati tau
b:bukan apa..tak payah la letak..biarlah kita in relationship in our heart saja..tak payah orang lain nak tahu..sbb hati kita lebih tahu ...(sambil tersenyum)
a:(tersentuh)

ok sebenarnya saya tak tahu kenapa saya nak letak in relationship with?mungkinkah sebab nak kata do not touch this guy..this is mine...mungkin la..tak pun trend..lihat kawan tulis in relationship ..kita pun sibuk nak tulis..tak pun sebab hangat bercinta..semua nak dikaitkan dengan si dia..hahha...oh tidak...kami sudah tidak pada era hangat bercinta...zaman itu sudah berlalu..sebenarnya takda sebab konkrit pun kenapa saya nak letak...mungkin orang lain ada sebabnya...

disebabkan si b ini tak mahu ,lalu kekallah di fesbuk saya status:single.



single is better !

sebenarnya banyak kemungkinan yang saya fikirkan sebelum mahu mengajaknya menukarkan status kami..
1.jika kami tulih in relationship with ..lepas itu jodoh kami tak panjang ...bila saatnya kami menukarkan ke status:single ..sudah pasti bertalu-talu soalan akan ditanya...
2.lepas itu kami juga akan segan...sebab satu dunia dah tahu..kalau tak jadi malu lah..hahaha

kepada kawan-kawan yang baru menukarkan status kepada engaged with :selamat bertunang dan tahniah

kepada kawan-kawan yang baru menukarkan status kepada married with:selamat menempuhi alam perkahwinan

ada juga kawan yang kurang bernasib baik yang menukarkan status kepada divorced:mungkin ini bukan jodohmu...BERUSAHA dan tabah dengan ujian yang menimpa

kawan-kawan yang seangkatan dengan saya:single is better..just enjoy our life as much as we can!
September 8, 2010 1 comments

kisah cleaner

kisah cleaner 1


hari ini satu hari aku menjaga kiosk moon cake haagen dazs di midvalley.. sedangaku berdiri-diri sambil menjerit "moon cake from haagen dazs..today have 10 percent discount" lalu seorang mak cik cleaner datang menyapu lantai di kiosk ku

epa: mak cik tak balik raya ?
mak cik cleaner: balik..yang adik ni tak balik lagi ke?jaga kuih bulan aja..
epa:balik mak cik..tak sabar nak balik..takde mood kerja sudah..pikir raya je
mak cik cleaner:asal mana?
epa:pahang..mak cik?
mak cik cleaner:oh ..dekat aje la pahang...mak cik indonesia...(jawabnya slow)
epa:indonesia bahagian mana? (aku terpikir raja,classmate aku ..teringat kawan2 edmat indonesiaku)
mak cik cleaner:central of java
epa:eh saya ada kawan dari sana ..samarang...belajar dekat universiti of dipenogoro
mak cik cleaner:oh itu universiti terbaik..universiti kerajaan..nak masuk susah..bagus itu
epa: mak cik balik indonesia naik ape?
mak cik cleaner: naik AIR ASIA...murah aje..
epa: berapa?
mak cik cleaner:RM 450

aku tersengih-sengih :) kau tahu tak aku pikir mak cik tuh naik tongkang..dan bagi mak cik itu RM 450 itu murah aje :) hebat...! jangan pikir mak cik cleaner tak ada duit !!

kisah cleaner 2

aku kenal seorang akak cleaner ni di midvalley ..dia selalu jaga lantai tingkat 2 satu ketika dulu..aku selalu juga borak2 dengan dia sbb dia tersangat baik..selalu senyum...tolong aku buang sampah...ada suatu masa tuh aku dah lama tak nampak dia ..so aku ingat dia dah balik indonesia lah...sampai suatu hari itu aku nak lalu depan foyer blok d kolej 12 ,um aku ternampak dia ..aku pun tegur lah..aku peluk dia..dia peluk aku...apa lagi ..kawan2 dia pelik...budak2 yang lalu lalang pun memandang pelik...

epa: kak mana g dah lama tak nampak?saya ingat dah balik indonesia?
akak cleaner: dik akak kerja tingkat satu kat mid..dah tak keje kat tingkat 2 mid dah...
epa:patutlah kak..saya tak nampak akak dah..eh akak buat apa kat kolej ni?
akak cleaner:akak keje kat sini..kat blok laki..
epa: la..berape lama dah akak keje kat sini?
akak cleaner:dah 2 bulan dik.
epa:akak keje dari pukul berapa sampai kul bape?
akak cleaner: dari kul 8 sampai 4...
epa: maknanya akak keje kat sini dari 8 pg hingga 4 ptg.kemudian sambung kat mid dari 6 petang 6 pagi?
akak cleaner:aa
epa:dah tuh akak tido 2 jam jek la ...?
akak cleaner:aa
epa:patutlah akak nampak cengkung..makin kurus..akak kerja kuat sangat ni..
akak cleaner:nak cari rezki dik
epa:ya lah ..camni masyuk lah akak

serius aku kagum dengan cleaner-cleaner ni..aku serius teringin nak jadik cam mereka yang tak reti duduk diam ..nak buat pelbagai kerja...nak tahu tak gaji akak tuh sebulan hanya 1400 sahaja..duduk di kl...sanggup berjalan kaki dari tempat kerja ke rumah..kentalnya semangat mereka ..padahal ada sesetengah orang kudrat ada tapi kerja malas...tahu nak duit sahaja tapi usaha tarak...

kisah cleaner 3

orang kata mak cik cleaner ni tak center..aku pun tak tahu kesahihannya..tapi itulah gosip2 yang disebarkan oleh geng2 mak cik cleaner midvalley

suatu hari mak cik cleaner ni mengadu sakit gigi ...lalu dia tanya kat seorang kawan aku,e(bukan nama sebenar) mana klinik gigi terdekat...pastu member aku ni pun cakap ada kat bangsar..pastu mak cik tuh cakap yang dekat tak de?..member aku jawab lah ada kat mid ni tapi mahal la...lalu mak cik tuh jawab..TAK KISAH MAHAL tapi TAK SAKIT...serius tergelak member aku dengar ...orang kaya pun sanggup g beratur tunggu turn dekat klinik kerajaan ni kan pulak mak cik cleaner ...

tapi mak cik cleaner tuh betul2 g klinik gigi di mid..dia bayar 200 ringgit..serius jangan memandang rendah mak cik cleaner ok!!

kisah cleaner 4

ni kisah aku yang g interview tuk menjadi cleaner ...ia berlaku selepas habis spm... :)
selepas spm semua orang sibuk mencari kerja..aku pun begitu..habis semua tempat di kuantan aku jelajah nak cari kerja.restoran tepi jalan,parkson,macdonalds,kfc,kedai kasut semua aku pergi...tapi satu pun tak mahu terima aku ...sampai lah satu hari ni aku nampak satu papan tanda ni..

walk in interview
tukang cuci di perlukan

-popular-

lalu aku ngan selamba aku tanya kakak kat kaunter pembayaran kedai buku POPULAR..

epa:kak ada walk in interview kan?
akak cashier:eh?itu untuk tukang cuci je dik
epa:ye lah kak ..saya nak interview yang tuh la..
akak:err..adik g tanya kat pejabat tuh..(akak itu menunjukkan jalan ke pejabat sambil buat2 muke terkejut)

aku pun pergi ke pejabat POPULAR itu.sampai di pejabat aku jumpa dengan manager

epa:saya nak tanya ada kerja kosong kan?
Manager:ya tapi tuk tukang cuci jek kita nak dik..
epa:kak saya nak minta yang tuh la
Manager:awak nak jadik tukang cuci ?(manager terkejut)
epa: nape kak ?
Manager:saya nak orang tua saja..
epa:nape kak orang muda lagi bagus la..boleh cuci sana..cuci sini...angkat sana angkat sini..lagi laju boleh cuci2..
manager:er...saya mmg nak orang tua jek..maaf ye
epa: tak pe la kalu cam tuh

lalu epa keluar dengan keciwa...akhirnya epa dapat kerja di SINMA JEWELERY CENTRE... disini lah aku belajar jadi seorang perempuan..apa itu make up..apa itu kasut tumit tinggi..dan mak aku sangat suke dengan perubahan itu :)

sebenarnya bila kita tak memilih kerja..majikan pulak memilih pekerja..inilah dugaan..bagi aku,aku tak kisah buat kerja apa pun ..asalkan halal dan mendapat pengalaman :) cleaner pun manusia jugak..jangan merasa jijik dengan seorang cleaner ya ..tanpa cleaner kebersihan tak terjamin ya !terima kasih cleaner

*****
saya merindui NENEK KEBAYAN saya
NENEK KEBAYAN saya harap anda faham
betapa saya merindui anda

sedang saya menulis blog ini
tetiba saya mendapat sms
"saya betul2 sayang awak ..awak sayang saya tidak?"
lalu aku reply
"maaf aku rasa kau dah salah anggap.aku tak ada perasaan"

JUJURNYA
si pemberi sms
AKU PALING SAYANG NENEK KEBAYAN AKU..
KALAU TAK MENDENGAR DIA MEMBEBEL
AKU TAK SENANG HATI !
TAPI SEKARANG DIA DAH TAK MAHU MEMBEBEL SUDAH
ARGH...
SUSAHNYA HATI!!

tak sabar nak balik berhari raya !

pesanan:maaf epa menulis berdasarkan pengalaman dan dari isi hati sendiri ..
September 6, 2010 0 comments

merapu rapu rapu si perapu

"something goes wrong in my life"


I know it
but
what I should do kana???


i need someone to share
but who ???

"EFFA Allah s.w.t is always there for you"said my heart

kekadang manusia ni lalai
aku juga manusia biasa
yang punya hati dan perasaan
yang punya akal dan nafsu
kadangkala aku rebah dengan keinginan sendiri
kadangkala aku bongkak dengan kejayaan sendiri
kadangkala aku lalai dengan masa terluang yang diberi
kadangkala aku lalai dengan reziki yang diberi

aku cam manusia lain
perlukan kawan untuk menasihati
perlukan tongkat untuk mendaki
perlukan bahu untuk bergantung
perlukan hati untuk berkongsi
perlukan idea untuk maju
perlukan teman untuk memahami


ngerti atau tidak
aku tidak peduli
kerna semua tidak pernah peduli
atau kau sendiri pura-pura tuli
pekakkan telinga pekakkan hati
supaya hati menjadi mati

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
maaf epa merapu lagi


kadangkala aku ingin meninggalkan segala dan hidup di dunia baru
tiada siapa yang mengenali
aku mahu lari dari segala
tapi kalu lari tidak jantanlah aku??
eh aku perempuanlah....
even aku perempuan ..
aku tak takut nak hadapi kenyataan

tabah epa tabah !!


perkara yang diregret :
aku tak ada keberanian nak cakap kat customer aku camni
"encik saya tahu awak panggil saya..saya tak bermaksud pun nak buat isyarat cam tuh..tapi awak tak de mata ke atau tak dapat nak membuat pernilaian..yang kedai tengah sibuk dan hanya saya seorang yang membuat semua kerja...pastu panggil2 cam dah tak sabar2 nak order..kalau order banyak2 tak pe..ini yang paling murah lah nak order ...saya tahu awak ada duit...awak customer...tapi awak takde hak nak marah saya..silalah ikut turn!!!"
aku marah sangat sampai menggeletar punya badan
cis

stop rapuan kali ini

September 2, 2010 2 comments

betul ke.............

harituh ada seseorang tanya pendapat daku,

miss x: effa forget or forgive ?
epa: forgive
miss x:nape?
epa:tak pe lah sekurang2nya kita memaafkan orang..sekurangnya mana tahu kebahagiaan itu akan jadi milik kita..ini dikatakan pelaburan masa depan.
miss x:tapi sakit hati
epa:tak pela kalu sakit hati sekarang mana tahu berkat kesabaran kita ia berubah menjadi sesuatu yang baik.

tap kondisi aku sekarang sekarang aku rasa lebih baik

FORGET AND FORGIVE

mungkin ini yang terbaik
awak saya nak lihat awak boroi
(saya tahu ia takkan jadi)

awak saya nak lihat awak beruban
(saya tak tahu saya masih hidup tak sehingga waktu itu)

saya nak lihat muka awak kedut-kedut
(mesti kelakarkan)


itulah sebahagian impian saya

tapi tak kisah lah
sbb saya tahu tak semua impian kita akan tertunai kan ?

ada orang kata
  • kalau orang sayang kita lebih dari kita sendiri itu lagi seronok dan bahagia ?biar pun kita langsung tak sayang dia..
tapi betul kea?

  • kalau dia tak suka kita ..lebih baik kita pergi kerna bukan semua cinta harus dimiliki..kita akan bahagia apabila melihat dia bahagia?
tapi betul kea?

  • orang kata kalu kita sayang sangat seseorang tuh sampai satu tahap kita terlalu benci terhadap orang itu ..sayang bertukar benci...
tapi betul ke?

  • orang kata tak best bercinta lama-lama ...buhsan..muak
tapi betul ke?


aku pun tak tahu betul ke tak...


apa pendapat korang agaknya
kalu korang hadapi situasi begini

situasi 1
seorang perempuan ingin menelefon orang yang disayangi,tapi sebelum dia menelefon di menghantar msg ...

si perempuan:awak saya nak call awak ek?
si laki:tak boleh la ..saya bz
si perempuan:awak buat apa?
si laki:nak tgok tv

situasi 2
si perempuan biggung memikirkan mengapa setiap msg yang dihantar tak pernah di reply

si perempuan:mengapa awak tak pernah reply msg saya ?
si laki:sebab awak selalu hantar msg camni "awak..."..so saya rasa tak penting la ..baik saya buat sesuatu yang lagi penting...

situasi 3
si perempuan kiciwa nape setiap msg tak direply

si perempuan: nape awak tak reply msg saya ek?
si laki:yang gelabah sangat ni kenape ?saya ada jek kat sini ..bukan saya dicurik orang pun awak nak gelabah2...

situasi 4
si laki kata sayang dekat si perempuan tapi si laki tak pernah nak cari si perempuan.

Pada pendapat aku la kan ,
1. mungkin si laki tiada apa2 perasaan pun
2.mungkin si perempuan jek yang syok sendiri
3.si perempuan tuh patut angkat kaki dan pergi jek
4. aku tak tahu lah apa perasaan perempuan tuh tapi kalu aku sendiri yang kene mmg aku kecil hati tahap gaban

nasihat aku :
1.kalu sayang buat cara sayang ..tak sayang kau tinggalkan je la bai ...meranakan orang len buat apa.
2.jangan mainkan perasan perempuan...
3.silalah hargai apa yang ada
4. kalau itu bukan ditakdirkan untuk ko terimalah aja
5.hidup ni pilihan...pilihlah yang sebaiknya
6. manusia ni ada had kesabaran...bila sabar sudah hilang mungkin bila kau nak dia ada..dia takkan muncul lagi ^____________^

dan lah aku dah merapu-rapu ..apapun salam ramadhan..aku menghitung hari untuk pulang ke kampung HOORAY! tapi 9/9 /2010 aku masih ada kelas >< siap ada test lagi ...camne agaknya aku nak buat ?ponteng ?
betul ke?
..............................................................




August 31, 2010 0 comments

eksperimen

eksperimen tudung yang ku buat
tudung lama di beri nafas baru
aku nak pakai waktu raya
disebabkan tiada ruang yang mencukupi
untuk menyimpan baju,seluar dan tudung2
lantas datanglah idea sebegini rupa
aku ambil tudung lama lalu ku try buat gaya sebegini
aku tak tahulah ade orang pakai camni tak tapi aku belasah jek la
janji aku suke
:)

gambar 1 dan 2 : aku menggunakan selendang panjang
gambar 3 dan 4 :aku menggunakan tudung segiempat

ok itu saje ...

celoteh daku:

aku memang jenis kalau dipaksa buat mmg aku tak buat ..jadi jangan paksa ..!

aku rasa ia makin hilang

kau lari dan aku rasa aku sudah tak mampu mengejar lagi

August 24, 2010 0 comments

kad raya yang penuh kasih sayang

kepada penerima kad raya aku ini,
aku tak dilahirkan berbakat
tak dilahirkan creative
tapi
aku tahu
aku buat kad raya ini
penuh kasih sayang
penuh keikhlasan
penuh kegembiraan
lalu aku labelkan kad raya ini sebagai
"kad raya yang penuh kasih sayang "
jangan dicerca ya keburukan hasil tanganku
kerna aku membuatnya dengan sepenuh hatiku

lukis masjid aku sengih
gunting kertas aku sengih
menulis pun aku sengih
aku pos kat pejabat pos aku sengih
pendek kata sume aku sengih
sebab kegembiraan yang tak terkata

aku tak tahu apa yang kau rasa
tapi aku harap kau gembira

yang benar,
pengantar kad raya ini
epa


front (page 1)

page 2

page 4

page 3 tiada dalam gambar kerna ada unsur2 privasi di situ

kepada semua ,
selamat menjalani ibadah puasa
dan
selamat beramal
August 19, 2010 2 comments

Putus Asa

Now i just realized saya bukan jenis orang yang cepat putus asa...

Bukti 1

Tadi saya pergi Digital Mall dengan Fahmi..Jalan-jalan dengan Fahmi dan saya nampak seorang mamat ni..dia jalan laju ...dengan selamba saya g kejar dia dan jumpa dia..Dia bukan main terkejut ..hahha..

abang ,sorrylah saya bukan nak ngorat....macam mana abang hensem pun saya tak terpikat dengan abang..saya sudah suka cowok lain ...saya nak cakap pasal bisnes jek~hati epa

Bukti 2

Saya tahu saya gayat..tapi ape pun saya tetap nak cuba walaupun saya takut tinggi :)

Contoh : Naiki jambatan gantung,Abseiling,Rapeiling,Flying Fox

dan impian saya saya nak buat bungee jump atau terjun dengan payung terjun dari airplane

Teringat saya semasa masuk kelas renang 4 tahun lepas..Hari pertama saya masuk kelas renang dengan tak tahu berenang ..Trainer saya suruh terjun dari papan anjal yang paling tinggi sekali..serius cam rase bunuh diri pun ada..dengan tak tahu berenang ..dengan takut gayat ..
dan dengan kedalaman air sedalam 13 kaki ..menambahkan kecuakan...adik2 tadika yang melihat dari bawah menjerit2 suruh aku terjun

adik2:akak cepatlah terjun
hati aku:weyh betul ke ni nak terjun
trainer:effa cepat melompat
hati aku:camne kalu aku mati ini..cuak nye
trainer dan adik:cepat lah
hati epa:nak tutup mata ke?tak lemas ke?

akhirnya aku terjun dengan buka mata sbb takut terterjun atas lantai dan aku fikir peluang cm ini takkan ada dalam hidupku lagi ..hahah

Bukti 3

Aku pernah gagal..haha..kadang2 orang pelik tgok aku dengan selamba aku cakap pernah gagal...Ya bagi aku gagal bukanlah mende yang buruk..sbb aku pernah gagal..sampai sekarang aku boleh survive...aku belajar banyak perkara..belajar tentang reality of life :)
tapi aku tak pernah putus asa..hidup ini menyeronokkan..aku bekerja part time..susah payah nak cari duit bayar yuran Universiti sendiri..barulah belajar dengan rajin..Bagi aku aku gagal..aku anggap ia sebagai satu cabaran ...Sampai sekarang aku tak pernah give up dengan kegagalan dulu...Nihonggo..sampai sekarang aku masih lagi belajar nihonggo..Mencari duit sendiri untuk bayar yuran kelas nihonggo yang beribu ringgit..bayar kelas gitar yang beratus sebulan..tanpa ada PTPTN ..tanpa ada scholar ship..orang kata aku gila..hahha ..tak pe aku tak peduli..dan kini aku plan untuk duduk periksa JLPT hujung tahun ini..doa aje la untuk aku..dari segi akademik..aku nak naikkan cgpa..dan nak sambung master...hooray !!

Bukti 4

Dari kecil aku teringin nak belajar main gitar..tapi peluang tuh tak pernah ada..Akhirnya baru-baru setelah berumur 24 tahun ini aku mendaftar kelas gitar..Akhirnya...sangat gembira..sebenarnya banyak kelas yang aku ingin masuk ...
Antaranya
  1. Kelas menari
  2. Kelas mengaji
  3. Kelas memasak
  4. Kelas main drum
  5. Kelas kick boxing
  6. Kelas photograph
  7. Kelas make -up
Aku akan pastikan sampai masanya nnt aku nak belajar ni semua..berusaha dan terus berusaha

Bukti 5

Saya takkan give up menyayangi orang yang paling saya sayang ..apa jua kontroversi,unfortunate event dan apa jua halangan saya tetap akan sayang dia.. :) saya tak peduli ...saya ikhlas sayang dia... dulu,kini dan selamanya ..aww :) saya harap awak terharu

Bukti 6

Saya sedang buat Network Marketing USANA...Ada bonus frontline,ada matching bonus,pace passeter..kat UM xde lagi network ni..so saya memang nak buat betul2...bila buat ni semua orang ada reaction masing-masing ..tapi saya tahu saya takkan putus asa...sbb nak berjaya mmg kene usaha lebih ...

reaction 1 : sorry lah saya tak minat
reaction 2 : sorrylah saya tak suke network marketing
reaction 3 : sorrylah dulu saya pernah kene tipu..upline lari..
reaction 4: sorrylah saya minat tapi xde duit

hahhaa..cam2 lagi....seronok tgok gelagat manusia..soo unique..cam2 cara orang nak tolak.... tapi inilah cabaran...love it <3berusaha terus berusaha ..jangan putus asa

nandemo shipaikutemo jibunde akiramenaide ganbarimasu
mareshia ga dekitakara effa mo dekimasu
mareshia bo-re ,effa mo bo-re !!!
jya ..


* saya bercerita hanya untuk muhasabah kepada diri sendiri ..terima kasih..

August 17, 2010 0 comments

Network Marketing !!Direct Selling!!

Salam ..
sejujurnya dah lama tak menulis ....rindu nak menulis blog..walaupun aku tahu caca marba nye bahasa yang aku tulis...kini aku nak buat pengumuman tanpa dengan rasa segan silu aku beritahu semua aku dah mula berkecimpung dalam dunia network marketing dan direct selling..AKU JOIN USANA !!!

Ok kenape aku join Network Marketing dan Direct Selling ni??ok akan beritahu korang kenapa??
Sebelum itu aku beritahu korang ape persepsi aku suatu masa dulu terhadap direct selling dan network marketing dan bahasa canggih dia MLM ..ngeh

Suatu masa dahulu ..

SITUASI 1
A: Epa marilah turun kat bawah nak lepak-lepak minum2
Epa:Ok..jum

Tetapi sampai dibawah

A: Ni kawan aku..dia nak cite sikit ngan ko mende
Epa: Apa ni?MLM ?Sorri la beb aku ade exam..aku ingat nak minum jek ..tuh pasal aku turun..Eh aku naik dulu la..

Persepsi sebenar :Sowi beb..aku memang tak suke MLM..Baca surat khabar hari2.MLM penipu la apa la...pengalaman kawan-kawan yang kene tipu..upline tipu downline..cam2 lagi la ...
SITUASI 2

F: Epa ko sakit belakang kan?
Epa: yup
F: Marilah g rawatan yang aku buat.Percuma
Epa: Tak bolehlah aku bz..aku hari2 kerja sebagai penjual ice cream..mane sempat ..dengan kelas lagi...Nantilah kalau aku ada masa aku contact ko

Persepsi sebenar: Sowi beb...sbb aku tahu ko join MLM...aku takut nnt kalu aku pergi confirm-confirm kene join ko punye MLM..takde duit sebagainya..biarlah aku buat kerja part time aku je la..

SITUASI 3

Di rumah tengah seronok-seronok tengok TV
Orang:Assalamualaikum..
Epa: Waalaikummusalam
Orang: Mak ada kat rumah?
Epa: Mak takda..di keluar g rumah orang kawin..tak tahu bila balik...

Persepsi sebenar: Sowi beb...sbb aku tahu ko bawak beg besar ..bawak fail serba neka..aku tahu ko mesti orang direct selling...nak jual barang lagi la tuh dekat mak aku tuh...mak aku ada sebenarnya kat dapur...tapi sebab aku dah biasa jawab kat orang yang buat direct selling rumah ke rumah cam ni ..maaf ye ~naseb bek saja aku tak cakap aku ni hanya pembantu rumah saja dong.. :)

Dan macam-macam lagi alasan yang aku bagi untuk menggelak..aku memang tutup diri aku dari segala jenis NETWORK MARKETING ATAU DIRECT SELLING ni..


Camne aku boleh terjebak??

  1. Sebab upline aku adalah abang kandung aku sendiri...Along @ Badlee Hisyam...kalau orang lain tuh aku tak mungkin masuklah..Aku pikir camni secara logiknya
Kalau orang lain tuh mungkinlah posibblity nak tipu downline dia tinggi..tapi abang sendiri yang menyayangi kita..kepercayaan dia tiada tandingannya...

Epa,Along dah lama nak buat Network Marketing..Dah banyak Along survey..Ini yang terbaik..Epa try your best ...nak semua berjaya..~Along


2. Sebab aku asyik berfikir abang aku dah punyai kedudukan kewangan yang stabil..tapi kenapa dia tetap nak buat Network Marketing.

Along punyai kewangan yang stabil..dalam umur 29 tahun merupakan pengarah syarikat juga kontraktor kelas A..Ada kereta sendiri..Rumah sendiri ada 3 biji.. Gaji bulanan belasan ribu tetapi kenapa tetap nak buat Network Marketing.Aku tak pernah tanya dia directly tapi one day dia cakap camni kat aku..

Along dah stable tapi tiada kepuasan dalam hidup..Duit ada tapi tiada masa untuk famili...Hope by time 40 years old ..I'll retired and spend my whole life with my famili~Along

Aku berpikir secara logik camni

Umur aku sudah 24 tahun..Tiada apepun nak dibandingkan dengan dia..masih belajar ..bekerja part time sebagai penjual ice cream..simpanan??jangan haraplah nak ada ...Lalu aku fikir apa salahnya aku ambil peluang yang ada untuk mengubah cara hidupku sekarang...Ya aku tak penting duit sangat..tapi realiti sekarang semua menda mahu duit..Aku paling takut kalau ada hal kecemasan tapi aku tiada duit..


3.Sebab aku lihat ramai yang berjaya dengan MLM ,Network Marketing atau Direct Selling ini...

Bukti

Mak cik belakang rumah aku dulu di Taman Sri Semantan,Temerloh..merangkap mak kawan aku dulu..

Dulu USANA tak masuk lagi pasaran Malaysia..So dia bukanlah join USANA..Dia join Revell..Korang aku tak tahulah pernah dengar tak revell ni..Aku pernah lah sebab dulu aku tanya kawan aku ni ..tak silap aku nama dia Nana.

Epa: Nana,mak awak kerja apa?
Nana: Mak saya kerja jual Revell..
Epa: Oooo (sambil memandang rumahnya yang besar .. dan kereta 4 biji)

Ya memang semua hasil dari jualan langsung Revell.

Dan ramai lagi orang yang berjaya dengan MLM ni..berlambak-lambak..cuma pandai pilihlah... dan berusaha ya!!!

4.Sebab aku fikir kenapa orang lain boleh buat aku tak boleh???aku lihat ada seorang abang itu tak sekolah tinggi ..asalnya keje waiter tapi sekarang income berpuluh-puluh ribu ...aku tanya diri aku kenapa aku tak boleh???sedangkan aku ada cukup sifat ada kaki dan tangan tidak macam video ni ..sila tengok video ni..seseorang yang betul2 tidak pernah putus asa dengan dirinya...first time aku tengok ..sampai nangis2...ketahuilah semua peluang yang ada tidak akan datang dua kali..Aku seriusly belajar dari pengalaman..Hidup ini kalau kita sendiri tak ubah...ia akan tetap macam itu sahaja



kawan2 tak salah sebenarnya mencuba....jangan give up..kalau kita betul2 ikhlas pasti akan berjaya !!!!rizki ni ada dimana-mana kalau berani mencuba...


kawan-kawan

PENGUMUMAN
SESIAPA YANG NAK TAHU APA SEBENARNYA USANA
NAK TAHU CAMNE DAPAT DUIT DENGAN USANA
NAK TAHU LEBIH LANJUT
TAK KISAH LAH SAMADA SERIUS NAK TAHU ATAU SEKADAR NAK TAHU
BOLEH HUBUNGI SAYA EFFA +012-9444245
KALAU ANDA BETUL2 KOMITED MARI SAMA2 MENGEJAR IMPIAN
SAYA NANTIKAN ANDA MANJADI GROUP SAYA
website saya http://www.semuanyausana.usana.com/


NASIHAT: SAYA CADANGKAN SEBELUM MASUK MANA2 MLM atau DIRECT SELLING anda betul2 mengkaji ya !!!takut anda tertipu... :) sebab macam2 sekarang ni MLM..jual kopi MLM..pinggan mangkuk..semuanya...semuanya nak buat style Network Marketing ...Check betul2 lesen dia...


* Ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya ..tersilap opa2 beritahu saya...pendapat membina kritikan diterima dengan rela hati..ngeh :)
June 4, 2010 0 comments

ku petik

ku petik gitar sampai tangan tanganku bengkak
sumpah daku tak pandai pun petik gitar
tapi daku petik jugak
orang kata daku komited
kalau tak percaya
sila tekan ini
May 24, 2010 0 comments

yuran oh yuran



tetiap kali sem satu perkara yang buat aku pening iaitu yuran pengajian
kat um ini yuran aku bayar tetiap sem ialah RM 2500 agak mahal berbanding ipta yang lain
pening kepala eden nak bayar yuran
tapi satu perkara yang buat aku sedar
susah nak carik duit ini rupanya
dan AKU RASA IA BANYAK MENGAJAR AKU MENGHARGAI PELUANG
YOSH BERUSAHA



SEM BARU INGIN MENJELMA
TERPAKSALAH AKU BEKERJA KERAS nak kumpul duit NAK BAYAR YURAN
:)
JANGAN PATAH SEMANGAT EPA
tambah aku check rupa2nya masih ada yuran tertunggak
haish um ini buat polisi baru menambahkan kepeningan aku


lately
aku rasa sakit belakang makin menjadi-jadi
tapi tak pe ia tak pernah mematahkan semangat aku
hampir setahun rasenya tak g jumpa dr
tapi aku dah malas nak pikir
apa nak jadi jadi la
:)
mahu tido
papai
May 18, 2010 0 comments

OOO...

selamat tengah hari
sekarang saya berada di akademi pengajian islam um sedang mengikuti kelas miscrosoft project certification
kelas ini best..belajar camne nak guna miscrosft project
belajar nak buat critical path
OOOO..baru tahu ..
OOO..baru tahu camni...
OOOO...baru tahu rupa-rupa ini..
OOO....
sem lepas aku ada belajar construction management..
sumpah aku tak tahu camne nak gune pun miscrosoft project..
tak tahu ape itu critical path
sekarang akhirnya aku dah paham camne gune ...
hahaha
gumbira
kat kelas ini aku jumpa kawan baru
kak rozita,akak lab kat department aku ..
hanie demiki,gal sabahan
serunuk la jumpa kawan2 baru
tambah pula cikgu yang tersangat best


aku gumbira juga sbb setakat aku tahu
my result ok
:)
aku sedar walapun tengah sedih
masih ada berita gembira tuk aku

berusaha tuk hari esok
mahu mengejar pelangi
wee~

saya rindu dia
walaupun saya tak tahu dia rindu saya ataupun tidak

aktiviti waktu cuti
kekelas
kekerja
makan
tgok cerita
tidoq
jogging

=

buhsan
May 12, 2010 0 comments

eh tumpang boleh tak?

eh awak pinjam bahu saya nak tumpang nangis boleh tak ???


May 10, 2010 0 comments

ini adalah cubaan


ini adalah blog baharu
sekadar cubaan dan suka-suka
yang dihasilkan demi minat
akan digarap mengikut masa terluang
dan juga idea yang datang

untuk melawat sila tekan
http://masihkahadaruanguntukku.blogspot.com/
0 comments

kuat

nape epa perlu kuat?

epa sayang this is your life and your future
wake up epa!!!wake up!!!!!!!

still have people who worried bout u
emak and abah and sume

epa sememangnya seorang yang kuat
never give up
tolonglah kekalkan diri anda kuat dan sihat

nape epa lemah?

if i could say it ..argh alangkah bagusnya
simpan dalam hati memang sangat sengsara
semua dah pusing-pusing dalam kepala
hati sikit ag nak pecah
rasa kalu saya hilang ingatn itu adalah lebih baik

camne epa hilangkan tekanan ?

shopping
makan
gaming
jogging
swimming
basketball
crying
sleeping

tapi
gua buat semua ini pun
stress gua tak hilang
makin teruk ada
gua tak mau sedih2 dan depress
tapi lu buat gua camni
cuma terpikir apa salah gua bai ??
lu sakitkan hati gua
gua tahu gua tak menarik hati lu bai
tapi nape lu buat gua camni
gua tertekan
emo sentimental abes
lu buat hati gua yang rock ini berkecai
dah tak rock hati gua
>< gua bukan nak ungkit tapi salah gua ke gua jadik camni? life is easy and beautiful tapi lu buat hidup gua jadi complex lu pikir la sendiri bai gua bukan nak ugut lu bai tapi gua rase kita semua dikurniakan akal fikiran pandai buat pandai tanggung terlajak perahu boleh diundur nasi sudah menjadi bubur sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna abes sume peribahasa aku nak kuarkan bangga cekgu BM aku dulu :)
lu pikirlah senirik
1 comments

let you go???


i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
i cant let u go
May 4, 2010 1 comments

END



END
FULL STOP
diam n terus nanges
sampai mata bengkak cam apek cina

qila:apesal mata ko bengkak?
epa:eh mata aku memang camni sepet sikit cam cine ..hahha


Esok mahu exam
last paper
surveying
encik mokhtar sila kasi saya A!!


psst:
esok mahu buat party
mahu g karoke
mahu g men layang2
mahu g ict tengok lampu

May 3, 2010 0 comments

lari

mahu lari bebas
tanpa ada masa lalu

mahu lari pantas
meninggalkan masa lalu

mahu lari pecut
melupakan masa lalu

agar nanti
dapat berlari anak-anak
pada masa depan


***

kebelakangan ini
senyum melekat di bibir
gara-gara hati yang sakit
harap ubat inilah yang paling mujarab

aku:kau gembira ?
kau:yup gumbira sekali.

terus hati berkecai
dan kepala pening
aduhai
May 1, 2010 2 comments

jauh dan dekat

aku tahu kita jauh
sedang menjauh
akan makin jauh
dan terus jauh
makin menjauh
jauh sejauh-jauhnya
tapi itu pilihan kau tuk menjauh
pilihan aku ingin semakin dekat
sedekat-dekatnya

aku cuba dekat
kau cuba jauh
aku cuba mendekati
kau cuba menjauhi

dekat dan jauh
harus sampai bila?

jangan sampai
kau cuba dekat
aku sudah jauh hati

***

aku penat
mahu tidur
selamat malam semua

***
p/s :terima kasih kerna setiap hari menjadi tetamu tetap blog ini...susah sangat ke untuk kembali normal ?
April 30, 2010 0 comments

3 am in the morning

3 am in the morning

menyesal tertido petang tadi
dan akhirnya bangun 12 am
shuut
esok ada exam ..sebenarnya hari ini ada exam
apatah lagi subjek yang agak susah
construction management
apa belajar pun tarak tau
geram dekat diri sendiri
adooila

tetiba rindu

hanya yang faham sahaja mengetahui

kuatkan hati
biar everything eliminate by the time
biar hati kata tidak tapi ia perlu kot
T_T

****

ini hiasan dinding
melukis sbb berehat sebentar dari membaca


ini gambar disnap tanpa diedit
aku suke
cume tak center
tapi pedulik ape
janji aku suke


ini bibu lala lapompom x
teman aku g library sewaktu exam ini
miahahah
ini junior ok
orang kata kami adik beradik
diorang kata perangai kami sama
klon
tapi aku tak percaya
sbb aku rase dia cam budak baik
aku??
tidak
:)

ini aku
ok pipi aku dah naik
tak boleh tima
so aku dah mula nak start diet balik
selepas exam
aku akan pastikan
miahahha
harap
bukan angan2 kosong


ok mahu sambung study
akan berjaga sampai esok
sedang menunggu cik ijat
datang dari kedah
miahhaha
serunuk
:)

**
p/s:saya ingat mahu mendaki gunung semasa cuti ini
mungkin mahu pergi transgopeng cameron (sebagai permulaan la)
dah lame tingin nak g
tapi disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan
so hold
sekarang cam rase apa nak jadik jadik la
nak g jugak
ada sape nak join bagitahu la
join dengan orang gunung
:)
tarikh transgopeng 28-30 may
tapi tak sure lagi la
sbb aku pun tak kompom lagi
kalau minat bagitau aku ;)
April 29, 2010 3 comments

"hati" and "akal "




"Whatever you hold in your mind will tend to occur in your life. If you continue to believe as you have always believed, you will continue to act as you have always acted. If you continue to act as you have always acted, you will continue to get what you have always gotten. If you want different results in your life or your work, all you have to do is change your mind."-(unknown author)
"You can't change the past, but you can ruin the present by worrying about the future"-(unknown author)

"Success is simple. Do what's right, the right way, at the right time."- Arnold H. Glasgow


****

note for myself :


usaha tanpa hati adalah mati
cinta tanpa hati juga mati
hidup tanpa hati baik mati
-effafazierah-

but life is not only about "hati "
but how well we can sync "hati' and "akal" to manage our daily life.

****
(sebenarnya mahu melukis gambar otak dan hati tetapi tidak tahu macam mana nak lukis gambar hati...orang selalu lukis hati macam bentuk love tapi bentuk sebenar hati kita takde lah cam tuh kan ...???adakah sbb dalam hati ada cinta??? hikhikhik)







ini jantung manusia -ikhsan google search

ini sebenarnya bentuk hati - google

*qila sudah diedit
aku baru belajar
selame ini aku ingat sama
hahhaha
tak terpikir

saya sedang mencari pelangi
indah
April 27, 2010 0 comments

normal dan abnormal

sebelum peperiksaan
saya : jom kembali normal :)
DIA : tak mahulah
saya : saya suke kembali normal..nape tak mahu normal?
DIA : saya mahu pentingkan diri sendiri
saya : saya?
DIA : tidak peduli.

lalu saya berkelakuan abnormal
dan berperasaan agak pelik berbanding normal

sedang peperiksaan
denyutan jantung bergerak abnormal
menjawab jugak secara abnormal
dan segala pikiran lari dari normal

keputusannya
separa normal

***

hari ini
hujan renyai-renyai
peperiksaan :EMS
conclusion :hancus (separa normal)
revision : tamat 2 kali khatam secara normal tapi lupa juga secara normal ..recall punye recall secara normal ataupun abnormal tetapi tetap juga lupa secara normal.so,abnormal T_T

esok:law
harapan : kembali normal


***
harapan terakhir

DIA ,dia ,dia, dan dia kembali normal

*DIA adalah paling penting
harap faham
dia ,dia dan dia juga tidak kurang penting
tolong faham !
April 26, 2010 0 comments

peluang



peluang sepatutnya hanya sekali
tapi kalu peluang kali kedua ketiga dibagi
jua disiakan

aku rasa ia wajar



mak cik kedai to epa:adik nak beli apa?
epa to makcik kedai :saya nak ini..ini..ini..ini...tapi makcik itu yang bayar yerk..(sambil menunjukkan kat makcik aku ..)
makcik kedai to mak cik aku :hahhaha..(sambil memandang kat makcik aku )
adik dia panggil adik makcik la
epa to mak cik kedai: makcik dia memang mak cik saya la..
mak cik aku to mak cik kedai: kak saya memang mak cik dia

lalu ternganga mak cik kedai tersebut

ini mak cik aku
v
v
v
v
v


mak cik kedai itu memang tak percaya
yang mak cik aku ini adalah mak cik aku
tua sangat kah aku ?
cis!!!

________________________________

musim pekse mode in action

konon2 study almaklumlah musim pekse


slip pekse saya

good luck semua

April 21, 2010 0 comments

semangat saya


dia adalah semangat saya

ya
exam ni saya buat betul-betul
cuba sehabis baik
ok saya sayang awak
ewwwww
;)

awak ini lagu untuk awak
shirley bassey
where do i begin
_______________________________



Where do I begin?
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love he brings to me
Where do I start?

Like a summer rain
That cools the pavement with a patent leather shine
He came into my life and made the living fine
And gave a meaning to this empty world of mine
He fills my heart

He fills my heart with very special things
With angels' songs, with wild imaginings
He fills my soul with so much love
That anywhere I go, I'm never lonely
With him along, who could be lonely
I reach for his hand, it's always there

How long does it last?
Can love be measured by the hours in a day?
I have no answers now, but this much I can say
I'm going to need him till the stars all burn away
And he'll be there

He fills my heart with very special things
With angels' songs, with wild imaginings
He fills my soul with so much love
That anywhere I go, I'm never lonely
With him along, who could be lonely
I reach for his hand, it's always there

How long does it last?
Can love be measured by the hours in a day?
I have no answers now, but this much I can say
I'm going to need him till the stars all burn away
And he'll be there

saya sangat suka lagu ini
sangat besh
ok epa nak sambung study
papai

April 19, 2010 0 comments

study week

study week
sepatutnya hari yang menyeronokkan
sbb time ni la nak pulun semua mende
tapi aku tertekan
tak boleh belajar
mmg cam haramlah rasenya
ni semua sebab
argh ..malas aku nak ingatkan
kalu yang rase dia tahu sbb ape tahulah
kalu tak tahu
biar aku semat kemas dalam hati
:(
biar pun aku tahu ia akan menjadi duri dalam daging
waduh sakitnya


hidup ini pilihan
kalu dah rase jalan yang kita ambil itu salah
tiada salahnya kita berpaling
untuk betulkan keadaan
jangan terlalu ego
nnt diri sendiri menyesal

April 17, 2010 0 comments

sejajar ,selari & setentang

kebengkakkan mata
sejajar dengan kebengkakkan hati
selari dengan kebengkakkan perut
setentang dengan kekecutan kebahagiaan

:)
April 16, 2010 0 comments

kisah 3 pagi camtuh

sakit kepala
otak berkecamuk
menangis dan akhirnya tidur
tetiba
dalam kul 3 pagi camtuh
epa terkejut
epa terdengar jeritan
"sakit mulut"
"sakit mulut"
cam sayup2 epa dengar
apela
sapela menjerit malam2 buta
pastuh epa tengok husna my rumate keluar dari bilik dan menuju ke bilik yang terdengar jeritan itu
epa pun bangun dari katil dan menuju ke bilik yang menjerit tadi
epa tengok husna dan chot dah berada disitu
pastuh nampak chot masuk ke bilik dia semula
pastuh epa tanya chot
"apesal s***nanges??menjerit2??"
"hamster dia mati"
"hah ??"
"oh aku ingat dia skit mulut...dengar cam sakit mulut .."
rupe2 dia sebut "kolat mati ..kolat mati "
pastuh epa pikir tak pe la epa tido balik la
hamster je kot
tetiba bile aku nak sambung tido balik
pastuh keadaan jadi tak terkawal
dia menjerit2
sampai semua orang keluar
ape lagi epa dengan kepala pening dah la susah nak tido
g bilik s*** lalu pegang muka dia
dia menjerit2 tak terkawal
"s*** diam la dah pagi ini "cakap aku lembut
di amenjerit lagi
dengan kemas aku pegang muke dia sambil meninggikan suara
"s*** kak effa cakap diam diam...orang lain nak study sila consider please"
"kak effa kolat mati"jerit s*** ag
"kalu dia mati s*** nak buat camne??kita kene g tanam dia pagi esok ok"pujuk aku
husna pun macam2 ayat pujukan bagi tapi s*** tetap menjerit
aku pegang dia dan cakap kat dia
"s*** jangan sampai kak epa paksa awak tarik awak jum kita g amik air semayang"
aku ngan husna bawak dia pergi toilet
pastuh dia balik still meraung
balik toilet chot pula bagi ayat pujukan
sampai satu tahap aku cakap kat dia
"dah sara tido jangan sampai kak effa bertindak keras"
pastuh epa ngan husna bawak dia balik bilik
baringkan atas katil epa
dia pegang tangan epa
"kak effa tolong kolat"
"tolong kolat"rayu s*** sambil pegang erat tanganku
"s*** camne kak effa nak tolong ???"
"tolonglah kak epa buat ape jek ..nak amek saya ganti kolat pun tak pe"rayu nye lagi
"s*** kak epa tak ada kuasa..ingat tuhan dik ..Allah s.w.t yang maha besar ..kak epa tak boleh nak buat ape...i dunt have any power..kak epa bukan ade magic"
"yang pergi tetap pergi"
"adik belajarlah terima kenyataan..pikir positif "tambah epa lagi
"tak boleh kak effa kolat dah takde ..saya takde sesape"
"s*** kak effa pun takde sasape"
"kolat jek yang sayang saya..kak effa tak pe kak effa kuat "
"kolat teman saya study ..teman saya makan ..kolat cakap ngan saya..kolat tido ngan saya ..saya sayag sangat ngan kolat "
dalam hati aku terpempan"adik kak effa tak kuat seperti awak sangka...kak effa berpura2 kuat ..everything kak effa semat dalam hati...kak effa dah penat s***"
"dah s*** kuatkan hati tabahkan hati s***..yang buat kita lemah mind set kita..bila kita kata tak boleh mmg tak boleh "
dalam masa yang sama aku pikir "patut cakap kat diri sendiri ni "
and part yang paling makan dalam ayat yang rumate aku cakap
"dik kalu ko ni kira bagus taw..mende yang mati atau meninggal kita tahu dia takkan kembali tapi camne kalu orang tinggalkan kita ..kita tahu dia ada..dekat ngan kita tapi dia tak pedulikan kita itu lagi perit"
epa rasa rumate aku epa dia kuat jugak la..walaupun terlepas dua tiga kali menangis
baru kehilangan ayah dan baru kehilangan bf
hilang satu bf sepuloh bf datang
canggih la u ..i kagum ..
hahhaaha
:)
ok sekang si s*** dah stabil
kul 7 jap ag mahu teman si s*** tanam hamster dia si kolat (skang kul 6)
tapi kepala dah sakit
epa perlu berusaha tuk ari2 mendatang

moral of story : sayanglah berpada-pada
jangan memakan diri sendiri


take care
end.>>>>>>>>>>>>>>>>terkilan

0 comments

deleted

few entries had been deleted





regards,
effa
April 12, 2010 0 comments

new hair???



April 6, 2010 0 comments

takutnya

takutnya
sampai rasa tertekan
diam
lagi rasa tertekan
bangun pikir
kalau boleh mahu tidor je
exam dah nak dekat
rase boleh mati camni
takutnya
March 16, 2010 0 comments

hatiku

tekad
March 15, 2010 3 comments

trimas kawan...





dua tiga menjak ni epa agak emo
banyak keje
emosi asyik terganggu
minda celaru
hati kucar-kacir
tambahan lagi cuaca tidak menentu
akhirnya jatuh sakit
tapi
epa ada kawan superb
ajak men layang-layang
kira kurang sikit tekanan
hahahha
terima kasih kawan!!!
kepada sume
doakan saya berjaya menempuh segala cabaran dengan jayanya
EPA BOLEH!!!

p/s:
kawan-kawan sekalian
epa ngah demam
ngah sakit tekak
suara langsung tiada
so tak payah la cube2 nk call
sbb totally tiada suara
segala maklumat yang mahu disampaikan sila msg aje...

segala gambar diatas di creditkan kepada
wan nur aqila wan ismail @ qila gomez
kes060024
gambar anda amik adalah superb!!!


March 7, 2010 0 comments

harapan aku (jangan menyesal untuk baca)

walaupun daku tahu birthday daku lambat ag..
tapi boleh tak aku wish aku nak dapat 2 pasang kasut sukan untuk hari jadi tahun ini
hahhaha...
so sesiapa yang terbaca ni jangan lupa ek untuk menghadiahkan saya 2 pasang kasut ini
hikhikhik

kasut pertama
bullet pass mid jenama and1

kasut kedua
nike lunarglide+

oh ya birthday epa 14 julai yerk..hahahha
mesti kamu sekarang tak menyesal bace ini..hikhik

sebenarnya kasut sukan dah koyak..memang ranap padahal baru jugak la beli..hikhik..
tapi puas hati la sbb mmg guna sampai tak ingat..berbaloi gile

k..untuk kamu..jangan buat2 tak tahu ek..hahahha =P
February 26, 2010 0 comments

kosong


pernah merasa hati ini

inilah yang saya rasa

lalu epa asyik nak

dan

Ya Allah tolong hambamu ini
teringat kata-kata sahabatku suatu ketika dulu
"antara sebab anda merasa kosong adalah kerana kelalaian anda terhadap Allah s.w.t"
jadi epa please keep the right track !!
jangan lalai!!

epa perlukan masa untuk menstructure diri sendiri
berikan kesempatan pada hambamu ini untuk menconstruct diri sendiri dalam jangka masa terdekat ini
moga berjaya

kaki nota:
perlukah aku melepaskan sesuatu yang aku suka.
kadang-kadang aku rasa terlalu rendah diri.
aku kekadang rasa tidak diperlukan .
lalu rasa mahu pergi .
assignment banyak .
kerja banyak.
kelas banyak.
discussion banyak.
kadang-kadang rasa mahu menangis.
rasa diri tidak bermaya.
rasa mahu makan coklat dengan banyak.
rasa mahu makan ubat dengan banyak.
lalu tido dengan tenang.
tidak perlu pikir apa.
oh bahagianya.
kalau dapat tidur.
sungguh aku tidak mahu bangun.
tidak mahu melihat dunia yang penuh pura-pura.
oh harini anak raja acheh mentertawa aku.
sebenarnya mentertawakan blog aku.
katanya blog aku kelakar.
aku jua kelakar.
blog dan pemilik blog jangan hirau kata-kata mereka.
tulis apa jua yang kau inginkan.
kita ada hak milik bersuara.
begitu jua mereka.
jadi biarkan aku dengan duniaku.
dan mereka dengan dunia mereka.


esok hari terbaik untuk aku muhasabah diri
aku perlukan masa berseorangan
lalu
esok aku akan keluar melihat alam
moga aku peroleh cahaya
ketika menilai erti sebuah kehidupan.





February 23, 2010 0 comments

awak ari ni awak pakai baju warna ape ?

situasi 1

gf : awak hari ini awak pakai warna ape?
bf: merah.kenape?
gf: ok.i pun nak pakai baju merah la.


situasi 2

bf: awak jum kita beli baju sama-sama
gf :jum2..kita kua nnt kita pakai baju ni nak tak ?


situasi 3

gf:bang kita arini keluar pakai baju yang i hadiahkan kat u tuh tau waktu valentine tuh ..
bf:yang mane satu?
gf:ala yang separuh LO kat baju u yang VE kat baju i


saya rasa setiap orang pernah merasai salah satu situasi diatas...saya pun pernah juga tapi ketika diawal-awal bercinta dulu la...kononnya rasa mesti comel kalau dua-dua pakai baju sama...hahhaha..nmpak sangat unsur tidak matang di situ..kalau sekarang pasti saya berkata awak jangan pakai baju sama ngan saya taw..nnt orang tgok malu saya..hahaa..cam boria pulak..hahhaha..tp kalu betul-betul nak pakai baju sama kita kena buat baju rasmi la..kita kena buat baju kaler seperti dibawah ..hahhaha...baru puas hati..barulah nampak kita sangat cute ..hahhaha


pesanan tuk awak:
awak nak tak pakai baju ni tak???
hahahha
nnt awak tolong designkan apa nak lukis kat baju tuh ya..
tapi saya mahu kaler ini..
hahhaha


ini adalah reflek setelah melihat terlalu ramai pasangan yang memakai baju sama di midvalley hari ini.harap maklum

nota kaki:
awak tima kasih diatas hadiah.
awak saya suka kamu.
awak gambar awak yang nak buat lesen tuh hilang 2 la..epa tak curi taw...!!
takut mendengar dan melihat realiti duniawi.
untuk qila tabahkan hatimu sayang.aku ada sebagai kawan.





 
;